Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Kemalangan kereta api berhampiran Machu Picchu, Peru, ragut satu nyawa, 40 cedera
  • GLOBAL

Kemalangan kereta api berhampiran Machu Picchu, Peru, ragut satu nyawa, 40 cedera

Utusan Sarawak 5 hours ago
SALAH satu daripada dua kereta api yang terbabit dalam pertembungan berdepan yang menghubungkan Machu Picchu dengan Ollantaytambo dirakam di Pampacahua, Jabatan Cusco, Peru, pada 30 Disember 2025. Foto AFP

LIMA, Peru: Pertembungan antara dua kereta api di laluan ke Machu Picchu, Peru, mengorbankan seorang dan mencederakan sekurang-kurangnya 40 yang lain, menurut pihak berkuasa yang mengemas kini angka awal kejadian.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai konduktor salah satu daripada dua kereta api terbabit, menurut pejabat pendakwa raya di Cusco, bandar paling hampir dengan kubu Inca yang terkenal itu.

Pihak berkuasa memaklumkan usaha sedang dijalankan untuk mengenal pasti penumpang yang cedera, dengan ramai daripada mereka merupakan pelawat asing dan kebanyakannya dilaporkan mengalami kecederaan serius.

PEGAWAI polis mengusung seorang penumpang yang cedera dari salah satu daripada dua kereta api yang terbabit dalam pertembungan yang menghubungkan Machu Picchu dengan Ollantaytambo di Pampacahua, Jabatan Cusco, Peru. Foto AFP

Rakaman video yang dihantar penumpang kepada saluran televisyen RPP menunjukkan mangsa tercedera terbaring di tepi landasan, manakala dua lokomotif yang rosak kelihatan tidak bergerak berhampiran lokasi kejadian.

Sekitar sedozen ambulans bersama petugas perubatan dikerahkan ke lokasi kejadian di kawasan terpencil pergunungan Andes yang tidak mempunyai akses jalan raya secara langsung.

Anggota polis yang memakai topi keselamatan serta jaket berwarna neon membantu mengusung penumpang yang cedera menggunakan pengusung untuk dibawa mendapatkan rawatan.

GAMBAR fail menunjukka pelancong dan pengembara menaiki kereta api yang berlepas dari stesen di Machu Picchu Pueblo, Peru, pada 27 Januari 2024, kebanyakannya masih terkandas sejak berlaku mogok umum. Foto AFP

Sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 1983, kompleks berkubu purba Machu Picchu menerima purata sekitar 4,500 pelawat setiap hari, kebanyakannya warga asing, menurut Kementerian Pelancongan Peru.

Kebanyakan pelancong menggunakan perkhidmatan kereta api dan bas untuk ke tapak bersejarah itu yang terletak tinggi di pergunungan Andes.

Agensi kereta api Ferrocarril Transandino memaklumkan sebuah kereta api yang dikendalikan oleh PeruRail bertembung dengan sebuah lagi milik Inca Rail sekitar waktu tengah hari di landasan tunggal yang menghubungkan bandar Ollantaytambo dengan Machu Picchu.

Punca kemalangan masih belum dikenal pasti.

GAMBAR fail menunjukkan pandangan umum kubu purba Inca, Machu Picchu, di lembah Urubamba, berhampiran bandar Andes, Cusco, diambil pada 21 April 2023. Foto AFP

Pada September lalu, kira-kira 1,400 pelancong dipindahkan dari stesen kereta api Aguas Calientes yang melayani Machu Picchu, manakala 900 lagi terkandas selepas penunjuk perasaan menyekat landasan kereta api menggunakan kayu balak dan batu.

Penduduk tempatan menuntut agar sebuah syarikat bas baharu dipilih melalui proses bidaan yang adil bagi membawa pelawat ke kaki Machu Picchu, dan telah berulang kali mengadakan protes bagi mendesak tuntutan tersebut.

Machu Picchu, ibu kota purba Empayar Inca, dibina pada abad ke-15 pada ketinggian 2,500 meter (kira-kira 8,200 kaki) atas perintah pemerintah Inca, Pachacutec.

Tapak bersejarah itu dianggap sebagai satu keajaiban seni bina dan kejuruteraan dunia. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Presiden Prabowo sambut tahun baharu 2026 bersama mangsa banjir di Aceh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.