Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Imbau kembali: Kampung Lereng Bukit, lokasi tragedi tanah runtuh berulang
  • Utara
  • WILAYAH

Imbau kembali: Kampung Lereng Bukit, lokasi tragedi tanah runtuh berulang

Utusan Sarawak 11 hours ago
IMBAU KEMBALI …Pasukan bomba dan polis mengangkat mayat mangsa yang berjaya dikeluarkan dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri yang berlaku 29 Januari 2025. Foto JBPM Sarawak.

MIRI: Tragedi tanah runtuh yang meragut lima nyawa di Kampung Lereng Bukit, Miri, awal pagi 29 Januari 2025 sekali lagi membuka lembaran duka di sebuah kawasan yang sudah lama dikenal pasti berisiko tinggi.

Dalam kejadian kira-kira 2.58 pagi itu, dua rumah ditimbus runtuhan tanah dari lereng bukit berhampiran, mengorbankan lima sekeluarga termasuk warga emas dan kanak-kanak, manakala beberapa penghuni lain terselamat dengan kecederaan ringan.

Rekod hitam sejak lebih sedekad lalu tragedi terbaharu ini bukan kejadian pertama. Kampung Lereng Bukit pernah menjadi lokasi beberapa insiden tanah runtuh serius sejak lebih 15 tahun lalu.

Pada 16 Januari 2009, satu kejadian tanah runtuh besar berlaku berhampiran sebuah stesen minyak di kawasan sama.

Runtuhan tersebut bukan sahaja memusnahkan struktur stesen berkenaan, malah mengorbankan dua pekerja yang tertimbus di bawah timbunan tanah dan runtuhan konkrit.

Lima tahun kemudian, pada 23 Januari 2014, satu lagi kejadian tanah runtuh dilaporkan di kawasan berhampiran.

Insiden itu memaksa 16 penghuni rumah di sekitar lereng bukit berkenaan meninggalkan kediaman masing-masing selepas pihak berkuasa menilai kawasan tersebut tidak lagi selamat didiami.

Tragedi terbaharu yang meragut nyawa lima ahli keluarga sekali gus mengingatkan masyarakat bahawa ancaman bencana alam di kawasan cerun bukan sekadar kemungkinan, tetapi realiti yang boleh berulang.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Khatan Perdana ‘Juh Sunat Gik’ Kampung Melayu Betong tarik 38 peserta
Next: Menuju 2026-Terokai Sibu satukan sukan, budaya dan inovasi digital untuk pelancongan inklusif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.