Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 2026 fasa penting Sarawak menuju wilayah maju 2030 – Abang Johari
  • TEMPATAN

2026 fasa penting Sarawak menuju wilayah maju 2030 – Abang Johari

Utusan Sarawak 6 hours ago
PERPADUAN rakyat kekal menjadi teras kekuatan Sarawak dalam agenda pembangunan negeri, kata Abang Johari.

KUCHING: Tahun 2026 menjadi fasa penting bagi Sarawak dalam usaha merealisasikan aspirasi sebagai wilayah maju menjelang 2030, dengan tumpuan kepada pembangunan ekonomi berimpak tinggi serta pengukuhan infrastruktur bagi menghadapi cabaran masa hadapan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata tahun baharu ini turut membawa sinar baharu menerusi pengoperasian AirBorneo, yang dijangka meningkatkan kesalinghubungan udara serta merancakkan sektor pelancongan, perdagangan dan mobiliti rakyat.

Namun demikian, beliau menegaskan perpaduan rakyat Sarawak kekal sebagai asas kekuatan utama negeri ini.

“Kemajuan boleh dibina dengan teknologi dan modal, tetapi kekuatan sebenar Sarawak terbina daripada hati rakyatnya yang bersatu,” katanya dalam perutusan khas sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 hari ini.

Abang Johari turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan serta seluruh rakyat Sarawak atas kerjasama dan sokongan berterusan sepanjang tahun lalu dalam memacu agenda pembangunan negeri.

Beliau berharap semangat kebersamaan itu dapat diteruskan pada 2026 dengan tekad yang lebih kukuh, berteraskan pembangunan sosioekonomi yang menyeluruh demi kesejahteraan rakyat Sarawak.

“Saya menggesa semua rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama, agar terus memelihara keharmonian dan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan Sarawak,” katanya. -Ukas

Continue Reading

Previous: Sarawak bersiap siaga hadapi risiko banjir musim monsun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.