Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sarawak bersiap siaga hadapi risiko banjir musim monsun
  • TEMPATAN

Sarawak bersiap siaga hadapi risiko banjir musim monsun

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Stapok, Batu Kawa hari ini. Foto Ukas

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menggesa semua peringkat bahagian, daerah dan agensi kerajaan negeri untuk bersiap siaga menghadapi banjir susulan bermulanya musim monsun.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata langkah itu diambil bagi menghadapi risiko banjir yang lazimnya berlaku antara Januari hingga Februari akibat hujan berpanjangan.

Beliau menekankan rakyat perlu bersedia, termasuk di kawasan pedalaman melalui Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT), agar tindakan menyelamat nyawa dapat dilakukan segera jika agensi kerajaan lambat tiba.

“Kita minta rakyat bersedia, dan kawasan pedalaman perlu memastikan tindakan menyelamat nyawa diambil segera,” katanya ketika ditemui semasa melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Stapok, Batu Kawa hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi JPBNS turut menasihati agar mangsa banjir berpindah apabila diarahkan demi kebaikan dan kebajikan mereka bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Tambahnya, semua penduduk kawasan rendah juga diarahkan bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku disebabkan cuaca yang kurang menentu.

Mengulas mengenai Pangkalan Operasi Hadapan (FOB), Uggah menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak telah menyediakan pangkalan bekalan utama di Kota Samarahan dan beberapa pangkalan mini di beberapa lokasi.

Katanya, kerajaan juga mempunyai pembekal di setiap pangkalan di seluruh negeri supaya bekalan dapat dihantar apabila diperlukan.

Beliau menekankan pengalaman banjir besar di Bintulu tahun lalu dijadikan pengajaran, apabila menghadapi kesukaran menghantar tilam dan kelengkapan lain.

Sehingga kini, dua PPS telah dibuka berikutan hujan berterusan sejak semalam, iaitu PPS Dewan R-Piang di Kampung Sinar Budi Baru yang menempatkan 181 mangsa daripada 44 keluarga, manakala PPS Dewan Masyarakat Stapok menempatkan 199 mangsa daripada 54 keluarga.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik.- Ukas

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 380 orang
Next: 2026 fasa penting Sarawak menuju wilayah maju 2030 – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.