Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MV Coral Geographer singgah, penumpang ke darat dibatalkan gara-gara laut bergelora
  • Utara
  • WILAYAH

MV Coral Geographer singgah, penumpang ke darat dibatalkan gara-gara laut bergelora

Utusan Sarawak 7 hours ago
PELAYARAN GLOBAL… Kapal persiaran antarabangsa, MV Coral Geographer pilih Miri telah buktikan keyakinan berterusan pengendali pelayaran global terhadap Sarawak sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

MIRI: Pemilihan Miri sebagai lokasi persinggahan kapal persiaran antarabangsa, MV Coral Geographer, menunjukkan keyakinan berterusan pengendali pelayaran global terhadap Sarawak sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa, walaupun ketibaan penumpang ke darat terpaksa dibatalkan kerana keadaan laut tidak selamat.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, melalui Setiausaha Sulitnya, Chia Kah Furng, berkata persinggahan kapal dari Australia yang membawa 117 penumpang dan anak kapal tetap signifikan dalam memperkukuh imej pelancongan Sarawak di peringkat global.

SETIAUSAHA Sulit kepada Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Chia Kah Furng.

Menurut beliau, Sarawak kekal optimis untuk mencapai sasaran lima juta ketibaan pelancong pada 2025, dengan sektor pelancongan kapal persiaran dikenal pasti sebagai antara pemangkin utama pertumbuhan industri berkenaan menjelang 2026.

“Walaupun pendaratan penumpang tidak dapat dilaksanakan atas faktor keselamatan, persinggahan ini tetap memberi nilai strategik dalam mempromosikan Sarawak kepada pasaran antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Miri, Serawa Budol, menegaskan bahawa aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.

Namun begitu, semua persiapan sambutan termasuk pengisian kebudayaan tempatan telah disediakan sebagai tanda kesiapsiagaan Miri dalam menerima ketibaan pelancong antarabangsa.

Beliau berkata, persiapan tersebut mencerminkan komitmen pelbagai pihak dalam menjadikan Miri sebagai hab pelancongan kapal persiaran yang berdaya saing.

Persinggahan MV Coral Geographer ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Miri sebagai destinasi baharu pelancongan kapal persiaran serta mencerminkan usaha berterusan Sarawak dalam membangunkan industri pelancongan secara mampan dan berdaya tahan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pendekatan turun padang kunci kejayaan projek luar bandar
Next: 212 kenderaan diperiksa semasa Operasi JPJ di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.