Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Seni Kuntau Iban perlu diperkasa sebagai warisan, produk pelancongan
  • WILAYAH

Seni Kuntau Iban perlu diperkasa sebagai warisan, produk pelancongan

Utusan Sarawak 10 hours ago
ADUN Krian, Friday Belik merasmikan Pertandingan Kuntau Iban Sarawak yang diadakan bersempena sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 di Dataran Utama Sri Kalaka Saratok, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Seni mempertahankan diri tradisional Kuntau Iban Sarawak perlu terus dipelihara, dimartabatkan dan diberi nilai tambah agar kekal relevan serta berupaya menjana peluang ekonomi kepada generasi muda, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik.

Beliau berkata demikian selepas berpeluang menyampaikan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Kuntau Iban Sarawak yang diadakan bersempena sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 di Dataran Utama Sri Kalaka Saratok, malam tadi. 

Menurutnya, pertandingan tersebut berjaya menarik penyertaan seramai 20 peserta mahir Kuntau dari beberapa bahagian termasuk Bintulu, Selangau, Sarikei, Betong, Lubuk Antu serta Saratok sendiri.

“Apa yang membanggakan, 100 peratus peserta terdiri daripada golongan belia dengan peserta termuda berusia 16 tahun dari Layar, Betong. 

“Ini membuktikan seni warisan ini masih mendapat tempat dalam kalangan generasi muda,” katanya.

ADUN Krian, Friday Belik merasmikan Pertandingan Kuntau Iban Sarawak yang diadakan bersempena sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 di Dataran Utama Sri Kalaka Saratok, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Friday menegaskan bahawa usaha memartabatkan seni dan adat asal masyarakat Iban seperti Kuntau, Ngajat, Pencak dan seni tradisional lain wajar diteruskan dan diperkukuh bagi mengekalkan identiti serta mengelakkan ia pupus ditelan arus peredaran zaman.

Tambah beliau, seni tradisi Iban juga berpotensi dikomersialkan sekiranya diberi nilai tambah dan dipersembahkan secara profesional, sekali gus membuka ruang kepada peluang pekerjaan dan pendapatan dalam kalangan anak muda yang berbakat.

“Antaranya sebagai jurulatih profesional, penggiat persembahan profesional dalam program berskala besar, malah boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan bagi menarik kehadiran pelancong dari luar,” jelasnya.

ADUN Krian, Friday Belik merasmikan Pertandingan Kuntau Iban Sarawak yang diadakan bersempena sambutan Kiraan Detik Tahun Baharu 2026 di Dataran Utama Sri Kalaka Saratok, malam tadi. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan agar Serakup Dayak Kebangsaan (SDNU) Cawangan Saratok menghidupkan semula program pengajaran Kuntau dan Ngajat di Saratok seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.

Program berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran Ramles Walter yang menghiburkan para pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Friday merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Chee Kadir komited teruskan kejohanan Bola Sepak Pantai Veteran Kabong 2026
Next: Projek naik taraf dewan serbaguna Kampung Kupang kini memasuki fasa kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.