Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • UNIFOR sokong pembangunan Kapel St David dengan sumbangan RM195,000
  • TEMPATAN

UNIFOR sokong pembangunan Kapel St David dengan sumbangan RM195,000

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang menyempurnakan penyerahan cek RM195,000 kepada Kapel St David di Dewan Komuniti Kampung Bumbok, semalam. Foto UKAS

KUCHING: Kapel St David di Kampung Bumbok menerima sumbangan berjumlah RM195,000 daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebagai sokongan kepada usaha pembangunan dan penambahbaikan rumah ibadat bukan Islam di Sarawak.

Penyerahan cek berkenaan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Ir Lo Khere Chiang sempena Perhimpunan Krismas yang berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Bumbok, semalam.

Sumbangan ini akan digunakan untuk tujuan pembangunan dan penambahbaikan Kapel St David seperti menaik taraf kemudahan ibadat dan menyokong pelbagai aktiviti keagamaan serta kemasyarakatan bagi jemaah dan penduduk setempat.

Pihak Kapel St David menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Sarawak dan UNIFOR atas sumbangan yang diberikan terutamanya hasrat mereka untuk memperkukuh lagi tali persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang agama di kawasan Kampung Bumbok.

Langkah ini diharapkan akan lebih banyak kerjasama dan aktiviti yang dapat dijalankan untuk memupuk semangat perkongsian dan keharmonian dalam masyarakat.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS lancar pertandingan ‘Namakan Ruang Kita’ bagi bentuk identiti pembangunan baharu
Next: HDC nafi dakwaan tular pengagihan Rumah Sri Pertiwi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.