Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warisan Burung Murai Batu terus dipelihara di Lawas
  • TEMPATAN

Warisan Burung Murai Batu terus dipelihara di Lawas

Utusan Sarawak 6 hours ago
KIRAAN MATA...deretan Burung Murai Batu saling bersiulan memecah suasana Arena Lawas untuk melihat burung paling aktif dan lama bersaing dengan siulan menarik.

LAWAS: Aktiviti pertandingan suara Burung Murai Batu terus dipelihara dan kekal segar berkembang di Daerah Lawas, sekali gus menarik minat generasi muda.

Setiausaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak cawangan Bukit Sari, Kr Haji Awang Ibrahim Ahmat, berkata pertandingan ini diadakan hampir setiap minggu di kampung sekitar Lawas.

Penyertaan bukan sahaja datang dari penduduk tempatan, malah turut disertai peserta dari Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan, Brunei serta daerah berdekatan seperti Limbang dan Miri.

“Hadiah bukan ukuran, tetapi minat dan peluang berkumpul bersama rakan-rakan peminat burung ini untuk menilai kemerduan suara serta kelincahan burung peliharaan mereka,” katanya pada majlis penangguhan Pertandingan Burung Murai Batu Terbuka Lawas 2025 di Arena Lawas, semalam.

Pertandingan yang dianjurkan Pusat Khidmat PBB Cawangan Bukit Sari dengan kerjasama Kelab Burung Murai Batu Lawas dan Majlis Daerah Lawas itu menerima 132 penyertaan, termasuk pasukan dari Brunei, Sabah, Labuan serta utara Sarawak.

Dalam kategori terbuka, pasukan Amat Sipitang, Sabah muncul juara, diikuti Niss Lawas di tempat kedua dan Zura Sipitang, Sabah di tempat ketiga. Sementara itu, kategori Best of The Best dimenangi pasukan Kiss Menumbok, Sabah, diikuti Mohamad Tarmizi di tempat kedua dan Bott Sipitang, Sabah di tempat ketiga.

Hadiah disampaikan oleh Kr Awang Ibrahim Ahmat yang juga Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Daerah Lawas bersama jawatankuasa Kelab Burung Murai Batu Lawas. Pemenang ditentukan berdasarkan kemerduan suara, kelincahan ketika beraksi serta kecantikan burung Murai Batu.

Oleh Adeng Edrus

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Lambakan buah tempatan jejaskan harga
Next: MBKS lancar pertandingan ‘Namakan Ruang Kita’ bagi bentuk identiti pembangunan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.