Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ilmu dan kepimpinan kunci bina modal insan berkualiti
  • NASIONAL

Ilmu dan kepimpinan kunci bina modal insan berkualiti

Utusan Sarawak 8 hours ago
Prof. Is. Dr. Tunza Mohd Riduan (duduk, tiga dari kiri) merakam kenangan bersama anak-anak yatim serta kakitangan PKAYIDJ.

MELAKA: Perkongsian ilmu dan pengalaman kepimpinan dikenal pasti sebagai elemen penting dalam usaha melahirkan modal insan berkualiti, khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini.


Aktivis Kerja Sosial, Kebajikan dan Komuniti di Malaysia dan ASEAN, Prof. Is. Dr. Tunza Mohd Riduan berkata, pembangunan modal insan tidak seharusnya bergantung kepada sistem pembelajaran formal semata-mata, sebaliknya perlu diperkukuh melalui pemindahan pengetahuan dan pengalaman oleh pemimpin yang berwibawa.

Menurut beliau, amalan pemimpin berkongsi kemahiran, pandangan serta nilai murni mampu membina keyakinan diri dan keupayaan kepimpinan dalam kalangan pelajar, sekali gus melahirkan bakat yang berdaya saing dan berakhlak.

“Perkongsian ilmu dan pengalaman kepimpinan dapat membantu membentuk budaya organisasi yang sihat, selain menyumbang kepada pembinaan sahsiah pelajar yang lebih seimbang,” katanya.

Gambar kenangan ketika di RAYSAS.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Perkongsian Ilmu dan Pengalaman Kepimpinan bagi Pembangunan Modal Insan di dua rumah anak-anak yatim di Melaka, baru-baru ini.

Dua institusi kebajikan terlibat ialah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Daerah Jasin (PKAYIDJ) dan Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS), Pantai Puteri.

Tunza menegaskan, pemimpin juga perlu menunjukkan teladan yang baik dengan bersedia mendengar, berkongsi pengalaman serta mengakui kesilapan sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

Selain itu, katanya, suasana pembelajaran yang selamat dan saling mempercayai perlu diwujudkan bagi menggalakkan pelajar berani menyuarakan pandangan serta bertanya apabila memerlukan bimbingan.

“Program bimbingan dan pementoran yang terancang dilihat sebagai medium berkesan untuk memastikan ilmu tidak hanya tersimpan pada individu, sebaliknya dapat dimanfaatkan secara kolektif,” ujarnya.

Beliau turut menekankan peranan teknologi sebagai medium untuk merakam, menyimpan dan menyebarkan pengetahuan agar dapat diakses serta dimanfaatkan secara meluas.

Usaha tersebut, katanya, mampu mempercepatkan pembangunan kemahiran pelajar dan menyokong pembentukan pemimpin masa depan yang berkeyakinan serta kompeten.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepentingan budaya saling menghargai dalam kalangan pelajar bagi menggalakkan perkongsian ilmu dan bakat.

“Manusia yang beradab tidak melupakan tiga ungkapan penting dalam komunikasi iaitu ‘tolong’, ‘maaf’ dan ‘terima kasih’. Amalan mudah ini mampu membentuk peribadi pemimpin yang berkarisma dan dihormati,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Tunza turut merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar PKAYIDJ bagi 2026.

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Insiatif MySTEP diteruskan pada 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.