Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
  • SEMASA

17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan

Utusan Sarawak 8 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengambil tindakan tegas dan segera bagi menangani krisis sisa makanan yang semakin membimbangkan, termasuk pengenalan Akta Pengurangan Sisa Makanan, kata Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata skala pembaziran makanan yang membimbangkan di Malaysia meletakkan negara ini sebagai antara penyumbang terbesar sisa makanan di rantau ini.

Menurut kajian terkini, rakyat membazirkan kira-kira 16,688 tan makanan setiap hari, jumlah yang mencukupi untuk memberikan makanan kepada jutaan orang.

“Pembaziran itu merangkumi makanan yang masih boleh dimakan tetapi dibuang oleh isi rumah, restoran, pasar raya dan pengeluar makanan.

“Lebih mengejutkan, hampir 60 peratus daripada sisa itu sebenarnya boleh dielakkan, bermakna ia terdiri daripada makanan yang boleh dimakan sekiranya diuruskan dengan baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau berkata sisa makanan tidak sewajarnya dilihat sebagai isu moral semata-mata, sebaliknya ia krisis alam sekitar dan ekonomi yang serius kerana pembaziran makanan juga bermakna sumber seperti air, tenaga, tanah dan tenaga kerja turut dibazirkan.

Bagi menangani isu itu, Lee menggesa pengenalan akta yang menetapkan sasaran pengurangan, mewajibkan pelaporan oleh perniagaan serta menyediakan garis panduan bagi pendermaan dan kitar semula makanan, selain mengenakan penalti dan insentif untuk amalan mampan.

Lee berkata pengenalan perundangan itu dapat membantu menangani kesan alam sekitar dengan menguatkuasakan amalan mampan pada rantaian bekalan makanan, daripada pengeluaran sehingga penggunaan.

“Perundangan boleh menggalakkan perniagaan mengambil langkah mengurangkan sisa, seperti pengurusan inventori yang lebih baik serta menderma lebihan makanan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

Daripada aspek sosial, Lee berkata perundangan juga menggalakkan pengagihan lebihan makanan kepada badan kebajikan dan bank makanan bagi membantu golongan yang berdepan kekurangan makanan berkhasiat. 

Komitmen Malaysia terhadap Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk sasaran mengurangkan separuh sisa makanan menjelang 2030, mengukuhkan lagi keperluan rangka kerja perundangan bagi menyediakan struktur dan akauntabiliti.

Perundangan juga boleh membantu mengubah tingkah laku pengguna melalui langkah-langkah seperti kewajipan perniagaan melaporkan mengenai sisa makanan, kempen pendidikan awam dan pemberian insentif, sekali gus memupuk budaya kemampanan.

“Sisa makanan bukan lagi isu yang boleh dipandang ringan kerana ia memberi kesan buruk kepada alam sekitar, ekonomi dan masyarakat,” katanya, sambil menambah tindakan perundangan penting untuk mewujudkan Malaysia yang lebih mampan dan saksama.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Dakwaan pengubahan wang haram: Panglima Tentera Darat bercuti sehingga siasatan selesai
Next: Eksklusif: Penerbangan MASwings Miri–Sibu dibatalkan berulang kali, penumpang kecewa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.