Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Padang SK Kampung Kupang bakal berwajah baharu
  • PENDIDIKAN

Padang SK Kampung Kupang bakal berwajah baharu

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan tinjauan dan melihat sendiri keadaan padang SK Kampung Kupang yang kini sedang giat dalam proses dinaik taraf melalui projek RTP. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kupang dijangka berwajah baharu tidak lama lagi apabila kerja-kerja menaik taraf sedang giat dilaksanakan menerusi Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek berkenaan merupakan antara inisiatif kerajaan bagi meningkatkan kemudahan asas dan kesejahteraan komuniti luar bandarkhususnya melibatkan prasarana pendidikan dan kemasyarakatan.

Menurut beliau, padang sekolah berkenaan bukan sahaja digunakan oleh warga SK Kampung Kupang, malah turut menjadi tumpuan penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Kupang Hulu, Kampung Kupang Tengah dan Kampung Kupang Hilir bagi menjalankan pelbagai aktiviti sukan serta program kemasyarakatan.

Sehubungan itu, beliau telah mengambil kesempatan untuk meninjau sendiri keadaan padang sekolah berkenaan yang kini berada dalam fasa pelaksanaan kerja-kerja naik taraf, bagi memastikan projek berjalan mengikut perancangan yang ditetapkan.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri semasa mengadakan tinjauan dan melihat sendiri keadaan padang SK Kampung Kupang yang kini sedang giat dalam proses dinaik taraf melalui projek RTP. Foto ADUN Kalaka

Mohamad Duri berkata, skop kerja naik taraf telah dimaklumkan secara terperinci kepada kontraktor yang dilantik melalui proses cabut undi oleh Pejabat Residen Bahagian Betong, selaras dengan prosedur pelaksanaan projek RTP.

Beliau berharap projek berkenaan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan agar kemudahan padang yang lebih selesa dan selamat dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah dan masyarakat setempat.

Katanya, kemudahan padang yang baik amat penting dalam menyokong pembangunan sahsiah murid serta menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan penduduk setempat.

Turut serta dalam lawatan tapak berkenaan ialah Guru Besar SK Kampung Kupang, Maseri Mat Nor, Kaunselor Aton Tar, Penghulu Misis Aris serta tiga Ketua Kaum Kampung Kupang iaitu Majenan Jamin, Mahmud Maredan dan Jepri Johari.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.