
SIBU: Perkhidmatan feri di Pangkalan Feri Jalan Kubu-Kampung Sedaya Kanowit akan dilanjutkan dari 24 Disember 2025 hingga 3 Januari 2026 bersempena cuti akhir persekolahan sesi 2025/2026.
Perkhidmatan lanjutan ini juga bagi menyambut Hari Krismas 2025, bagi memudahkan perjalanan penduduk dan pelancong sepanjang tempoh tersebut.

Perkhidmatan feri tersebut akan beroperasi bermula 4.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
Pengguna feri diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) keselamatan bagi memastikan perjalanan lancar dan selamat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu di talian 084-314040 atau Feri Jalan Kubu/Kampung Sedaya, Ting di 016-8701203.