Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023
  • PENDIDIKAN

8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023

Utusan Sarawak 10 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Seramai 8,006 sukarelawan dilantik bagi membantu pengendalian peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, jumlah tertinggi sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan pada 2023, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, beliau berkata jumlah keseluruhan sukarelawan yang telah berkhidmat sepanjang tiga tahun pelaksanaan inisiatif itu bagi meringankan beban tugas guru kini mencecah 20,997 orang.

“Kami tidak akan pernah berhenti berikhtiar dan mencari jalan bagi menangani beban tugas guru.

“Langkah ini bertujuan memastikan golongan pendidik dapat memberi sepenuh tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran, di samping kesejahteraan mereka terpelihara,” katanya.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak sedia tenaga kerja berdaya saing
Next: Padang SK Kampung Kupang bakal berwajah baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.