Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Warisan silat diperkasa: Sumbangan RM15,000 kepada Persatuan Silat Mayang Mangurai
  • Tengah
  • WILAYAH

Warisan silat diperkasa: Sumbangan RM15,000 kepada Persatuan Silat Mayang Mangurai

Utusan Sarawak 7 hours ago
 DATO Mohd Chee Kadir menyampaikan cek sumbangan berjumlah RM15,000 kepada persatuan tersebut bagi memperkasakan prasarana latihan mereka. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Warisan seni silat bukan sekadar gerak tari mempertahankan diri, malah ia adalah benteng jati diri dan disiplin buat generasi muda di tengah arus modenisasi.

​Menyedari hakikat itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menegaskan komitmen beliau untuk terus memartabatkan warisan seni budaya silat rumpun Melayu agar terus subur di bumi Kabong.

​Dalam satu sesi randau penuh bermakna hari ini, beliau bersama isteri, Datin Meryani Yassin, menyantuni Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) Kabong bagi membincangkan masa depan seni bela diri tersebut.

​Fokus utama perbincangan tertumpu kepada Persatuan Silat Mayang Mangurai Sarawak Wilayah Kabong yang kini berkembang pesat di bawah naungan pengurusan KUBENA.

​Sebagai tanda sokongan padu, Dato Mohd Chee Kadir telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM15,000 kepada persatuan tersebut bagi memperkasakan prasarana latihan mereka.

​Sumbangan tersebut dikhususkan untuk pembelian tikar silat (puzzle mat) serta pelbagai peralatan latihan moden demi keselesaan dan keselamatan para pesilat.

​”Usaha ini amat penting bagi menarik minat anak muda untuk mendekati seni tradisional kita, sekali gus membentuk disiplin yang tinggi dalam diri mereka,” ujar beliau.

​Menurutnya lagi, penglibatan aktif dalam silat mampu menjadi ‘perisai’ buat belia daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa depan.

​Untuk rekod, Persatuan Silat Mayang Mangurai Wilayah Kabong yang diterajui Abdul Rahim Peli kini memiliki 80 ahli merangkumi golongan belia dan kanak-kanak sejak ditubuhkan Mei lalu.

​Sesi yang berlangsung di Kompleks LKIM Kabong itu menjadi bukti jelas bahawa sinergi antara kepimpinan dan pertubuhan belia mampu menjamin kelestarian warisan nenek moyang kita.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pematuhan peraturan jalan raya ditekankan sempena sambutan Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.