Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Sri Aman bersiap hadapi transformasi melalui jalan pesisir baharu
  • TEMPATAN

Sri Aman bersiap hadapi transformasi melalui jalan pesisir baharu

Utusan Sarawak 7 hours ago
Temenggong Kueh Aik Seng.

SIMANGGANG: Ketua Masyarakat Cina Bahagian Sri Aman, Temenggong Kueh Aik Seng menyambut baik pengumuman Premier Sarawak mengenai pelan pembangunan jalan pesisir pantai baharu, yang diumumkan pada 18 Disember lalu sempena majlis perasmian Kompleks Islam Sarawak Sri Aman. 

Beliau menyifatkan langkah ini sebagai strategi penting untuk pembangunan jangka panjang rantau ini.

Menurut Kueh, jalan pesisir pantai baharu itu akan bermula dari Sejingkat, Kuching, melalui Samarahan, Tanjong Embang, Gedong dan Lingga, sekali gus merancakkan pembangunan kluster bandar pesisir pantai. 

Projek ini dijangka meningkatkan kesalinghubungan pengangkutan, merangsang pembandaran dan menggerakkan aktiviti ekonomi di kawasan terlibat.

Pelaksanaan jalan ini bakal membuka peluang pembangunan luas di kawasan pesisir serta menambah peranan sektor perdagangan, perindustrian, pelancongan dan logistik.

“Inisiatif ini akan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan ekonomi Sri Aman dan sekitarnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Premier Sarawak sebelum ini juga mengumumkan pembinaan lapangan terbang baharu di Tanjong Embang, sekali gus menunjukkan kemampuan kerajaan merangka dan melaksanakan agenda pembangunan secara berfasa dan berwawasan. 

Jalan pesisir pantai baharu ini bakal menjadi alternatif penting selain Lebuh Raya Pan Borneo, meningkatkan pergerakan, logistik dan aktiviti ekonomi di negeri ini.

Temenggong Kueh menegaskan pengiktirafan terhadap keupayaan kerajaan Sarawak kini semakin meluas di peringkat nasional dan antarabangsa. 

Dengan strategi pembangunan pesisir pantai, Sri Aman dijangka menjadi pusat tumpuan pelaburan, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Beliau turut menekankan perkembangan projek jalan raya dari Temudok ke pusat bandar Simanggang, di mana jabatan berkaitan sedang bekerjasama rapat bagi memastikan penyelarasan teknikal dan pelaksanaan berjalan lancar.

Temenggong Kueh turut menggesa seluruh lapisan masyarakat memberi sokongan padu terhadap inisiatif kerajaan, demi membina masa depan Sri Aman yang lebih dinamik, berdaya saing dan mampan.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kenali Beruang Matahari, haiwan terlindung di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.