Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Sokongan berterusan pacu Kolej Tingkatan Enam Saratok capai sasaran STPM 2025
  • PENDIDIKAN

Sokongan berterusan pacu Kolej Tingkatan Enam Saratok capai sasaran STPM 2025

Utusan Sarawak 19 hours ago
MOHAMAD Duri menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Tingkatan Enam Saratok di IPG Kampus Batu Lintang, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

KUCHING: Sokongan berterusan daripada warga pendidik, ibubapa dan komuniti diyakini mampu membantu Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Saratok mencapai sasaran Gred Purata Sekolah (GPS) 3.04 mata bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata selain sasaran GPS tersebut, pihak kolej turut mensasarkan kadar kemasukan ke universiti sebanyak 90.33 peratus bagi kohort berkenaan.

​Beliau berkata keyakinan itu bersandarkan prestasi akademik semasa yang menunjukkan peningkatan konsisten, selain pelaksanaan pelbagai inisiatif proaktif oleh pihak kolej.

“Kejayaan Kolej Tingkatan Enam Saratok menerima Anugerah NYALA PREMIER daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 12 November lalu di Putrajaya membuktikan keupayaan institusi tersebut dari segi tadbir urus dan kecemerlangan akademik di peringkat nasional.

“Pencapaian STPM 2024 yang meletakkan kolej ini di kedudukan ke-14 daripada 79 Pusat Tingkatan Enam (PTE) di Sarawak dengan GPS 2.99 mata serta peningkatan kadar kemasukan universiti kepada 80.65 peratus adalah petunjuk jelas hala tuju yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Kolej Tingkatan Enam Saratok (MAKTES) di Auditorium Tun Ahmad Zaidi Adruce, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Batu Lintang, hari ini.

​Mengulas lanjut, Mohamad Duri berkata perkembangan akademik Kohort 10 yang melibatkan 164 pelajar turut memberangsangkan apabila GPS Peperiksaan Semester Dua STPM 2025 meningkat kepada 2.40 mata berbanding 2.14 mata bagi kohort sebelumnya.

​Selain itu, Purata Band bagi Malaysian University English Test (MUET) turut mencatatkan kenaikan kepada 3.42 mata.

​Beliau menjelaskan peningkatan berkenaan adalah hasil perancangan strategik yang rapi serta komitmen tinggi barisan guru dan pentadbir menerusi Program Booster Kecemerlangan seperti Kelas Sentuhan dan Program Perkampungan Ilmu.

​Dalam pada itu, Mohamad Duri menegaskan kejayaan akademik bukan hanya bergantung kepada usaha di bilik darjah, sebaliknya memerlukan kerjasama bersepadu antara pihak kolej, pelajar dan sokongan padu keluarga.

“Sokongan berterusan inilah yang diyakini mampu memastikan sasaran GPS 3.04 mata dan kadar kemasukan universiti 90.33 peratus bagi STPM 2025 dapat direalisasikan,” katanya.

​Beliau turut menggesa pelajar Kohort 10 agar memberi fokus sepenuhnya kepada persediaan menghadapi Peperiksaan STPM Semester Tiga yang dijadualkan bermula 20 Jan 2026, di samping menekankan kepentingan pembentukan sahsiah dan adab.

​Tegasnya, Anugerah NYALA PREMIER yang diterima perlu dijadikan pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang, sekali gus melahirkan generasi berilmu dan berakhlak untuk pembangunan Sarawak.

Pada majlis tersebut, Mohamad Duri turut menyampaikan Anugerah Khas Usaha Gigih Korikulum, Anugerah Khas Pelajar Terbaik Kokurikulum, Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran, Anugerah Bintang Akademik Semester Satu, Anugerah Bintang Akademik Semester Dua, Anugerah Lima Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan Enam.

Selain itu Anugerah Pelajar Markah Tertinggi Keseluruhan Tingkatan Enam, Anugerah Pelajar Markah Tertinggi PAKSK, Anugerah Khas Pelajar Asrama Cemerlang, Anugerah Khas Pengetua dan Anugerah Khas ADUN N.38 Kalaka.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Sarawak Omar Mahli, Penolong Pengarah Unit Menengah dan Tingkatan Enam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Jasmine Hayward, Pegawai Pendidikan Daerah Saratok Awet Gapor serta tetamu kehormat yang lain.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) dilaksana bermula tahun hadapan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.