Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Chong Chieng Jen sambut baik bayaran balik kepada kumpulan pertama mangsa penipuan dilakukan pegawai bermasalah BSN
  • Selatan
  • WILAYAH

Chong Chieng Jen sambut baik bayaran balik kepada kumpulan pertama mangsa penipuan dilakukan pegawai bermasalah BSN

Utusan Sarawak 11 hours ago
DR Alex dan isterinya mengucapkan terima kasih kepada Chong Chieng Jen selepas menerima bayaran balik penipuan pelaburan BSN

KUCHING: Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen berkata kumpulan pertama mangsa penipuan pelaburan oleh beberapa kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang tidak bertanggungjawab telah menerima bayaran balik penuh daripada BSN.

Antara penerima bayaran balik ialah Dr Alex dan isterinya yang masing masing menerima RM200,000, manakala adik perempuannya turut menerima bayaran balik sebanyak RM300,000.

“Hari ini, Dr Alex dan isterinya telah datang ke pejabat saya untuk menyatakan penghargaan dan terima kasih atas bantuan yang diberikan bagi membantu mereka mendapatkan bayaran balik daripada BSN. Mereka juga membawa kek Krismas sempena sambutan Krismas yang bakal tiba,” katanya.

Chong berkata beliau berasa lega kerana BSN telah mempercepatkan proses bayaran balik, sambil menjelaskan bahawa proses tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat memandangkan jumlah mangsa yang ramai dan setiap kes mempunyai fakta yang berbeza.

“Oleh kerana terdapat ramai mangsa dan setiap kes mempunyai keadaan yang berlainan, bayaran balik akan dilakukan secara berperingkat,” katanya.

Beliau menambah bahawa beliau bersama pembantunya, Michael Kong, akan terus memantau perkembangan perkara ini bagi memastikan semua mangsa yang membuat aduan melalui pejabatnya menerima bayaran balik masing-masing daripada BSN.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Penduduk terjejas diminta salur maklumat kepada JPBD Limbang
Next: MBKS digesa ambil tindakan segera atasi masalah longkang di Pusat Komersial Hui Sing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.