Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kesesakan teruk lumpuhkan aliran trafik di Lawas
  • WILAYAH

Kesesakan teruk lumpuhkan aliran trafik di Lawas

Utusan Sarawak 9 hours ago
DERETAN KENDERAAN… Kelihatan kenderaan berbaris memasuki Pos Sempadan Labu di Temburong menuju ke Pos Sempadan Mengkalab di Lawas.

LAWAS: Kesesakan teruk berlaku di bandar ini sejak awal hari ini sehingga 3.00 petang tadi.

Tinjauan Utusan Sarawak mendapati semua laluan masuk ke Bandar Lawas melalui Jalan Merapok–Lawas dan Trusan–Lawas berbaris panjang.

Antara punca utama kesesakan ialah sistem lampu isyarat di tengah bandar yang sudah tidak sesuai dengan pertambahan jumlah kenderaan, selain pemilik kenderaan yang tertumpu ke stesen minyak Shell di Bandar Lawas berikutan bekalan minyak di stesen Petronas di Jalan Gaya habis sejak pagi tadi.

KEHABISAN MINYAK… Stesen minyak Petronas di Jalan Merapok-Lawas tutup kerana kehabisan bekalan minyak diesel dan petrol.

Pada masa yang sama, kesesakan turut dilaporkan berlaku di kedua-dua pintu masuk sempadan Merapok bagi laluan ke Sabah serta di pintu sempadan Mengkalab, Trusan, yang menjadi pintu masuk dari Negara Brunei Darussalam.

Seorang penjawat awam, Senawi Abang, yang ditemui berkata kesesakan ini sememangnya dijangka berikutan ramai penjawat awam negeri dan Persekutuan menerima bonus bersama gaji bulan ini.

KENDERAAN PANJANG… Barisan kenderaan dari Merapok memasuki Bandar Lawas dari lampu isyarat Jalan Lapangan Terbang ke lampu isyarat Bandar Lawas.

“Kita faham sekarang ramai yang menerima gaji dan bonus yang membolehkan mereka bercuti sempena Krismas dan cuti sekolah.

“Berhubung masalah kesesakan teruk di Bandar Lawas, sepatutnya pihak bertanggungjawab telah menaik taraf sistem lampu isyarat dan aspek lain kerana perkara yang berlaku hari ini bukan perkara baharu,” ujarnya.

TUMPUAN TERAKHIR… Kenderaan berbaris panjang memasuki stesen minyak Shell yang  menyumbang kepada kesesakan yang melumpuh pergerakan trafik di Bandar Lawas. 

Pihak pengusaha stesen Petronas memaklumkan bahawa pengisian minyak oleh lori tangki telah dilakukan semalam bagi bekalan diesel dan petrol, namun semua bekalan habis pada pagi tadi.

Bekalan tambahan telah dihantar dari Sabah, namun ketibaannya sukar dijangka berikutan kesesakan jalan raya yang turut berlaku dari Sabah menuju ke Lawas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KBPD IPD Lubok Antu
Next: ADUN Kabong prihatin sumbang kerusi roda, ringankan beban penduduk 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.