Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Biro Wanita pacu pembangunan sosioekonomi wanita luar bandar
  • TEMPATAN

Biro Wanita pacu pembangunan sosioekonomi wanita luar bandar

Utusan Sarawak 6 hours ago
Dato Mohd Chee Kadir serta isteri, Datin Meryani Yassin, menyantuni tiga Biro Wanita di sekitar kawasan DUN Kabong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Biro Wanita berupaya memainkan peranan penting di sesebuah rumah panjang bagi memastikan manfaat dapat dinikmati oleh semua penduduk, khususnya golongan wanita.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, peranan Biro Wanita kini semakin signifikan dalam menggerakkan golongan itu untuk terus maju selaras dengan arus pemodenan dan perubahan zaman.

Dato Mohd Chee Kadir serta isteri, Datin Meryani Yassin, menyantuni tiga Biro Wanita di sekitar kawasan DUN Kabong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Katanya, Biro Wanita bukan sahaja menguruskan kegiatan harian wanita, malah menjadi platform memperkasa ekonomi melalui pelbagai bidang seperti kraf tangan, pertanian, penghasilan produk makanan serta aktiviti keusahawanan lain yang mampu meningkatkan sosioekonomi keluarga.

“Untuk mencapai kecemerlangan, kerjasama dan kesepakatan semua ahli di bawah satu payung biro amat penting. Idea dan cadangan bersama perlu dimanfaatkan sebagai landasan terbaik memajukan semua ahli,” katanya.

Beliau menegaskan, Biro Wanita merupakan elemen penting yang turut membantu peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sedia ada dalam pembangunan komuniti.

Dato Mohd Chee Kadir serta isteri, Datin Meryani Yassin, menyantuni tiga Biro Wanita di sekitar kawasan DUN Kabong, hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kabong

Chee Kadir berkata demikian ketika hadir bersama isteri, Datin Meryani Yassin, menyantuni tiga Biro Wanita di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, hari ini.

Tiga biro yang terlibat ialah Biro Wanita Rumah Edwin, Bukit Pantar, Biro Wanita Rumah Julai Menggeris dan Biro Wanita Sungai Rumput Rumah Jemeni, Sungai Rumput.

Pada sesi tersebut, setiap biro menerima sumbangan RM3,000 sebagai dana melaksanakan pelbagai aktiviti yang dirancang, khususnya program pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan.

Pada masa sama, pelbagai hasil kraftangan kreatif keluaran ahli-ahli biro wanita turut dipamer dan dijual kepada orang ramai sebagai inisiatif menjana pendapatan dan memperkasa ekonomi komuniti setempat.

Chee Kadir berharap dana yang disalurkan dapat diurus secara berhemah dan dimanfaatkan sepenuhnya agar memberi faedah berterusan kepada ahli-ahli biro wanita, selain usaha ini terus diperkasakan demi kesejahteraan masyarakat luar bandar.

Beliau turut mengambil kesempatan meninjau perkembangan beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) serta Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) di kawasan terlibat.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lo Khere Chiang gesa JKKK anjur Program Berkhatan Beramai lebih kerap
Next: Chiew Choon Man mula tugas sebagai Timbalan Menteri, tekad terus bekerja tanpa ‘honeymoon’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.