Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mayat wanita dalam beg: Mangsa dicekik di Ampang
  • JENAYAH

Mayat wanita dalam beg: Mangsa dicekik di Ampang

Utusan Sarawak 8 hours ago
MAYAT wanita ditemukan dalam beg yang ditanam di belakang rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4, Pedas, baru-baru ini. Seorang lelaki ditahan dan direman seminggu hingga Khamis ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Foto Bernama

SEREMBAN: Polis percaya wanita yang ditemukan maut pada Khamis lepas, dibunuh di sebuah rumah di Ampang, Selangor sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg dan ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau. 

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata siasatan mendapati wanita itu dicekik selepas berlaku pertengkaran dengan suspek yang berusia 51 tahun di rumah mangsa.

“Pergaduhan berpunca daripada isu kewangan dengan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhammad Idzam berkata setakat ini, mayat belum dituntut kerana identitinya masih tidak disahkan selain keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) belum diperoleh. 

Pada Khamis lepas, mayat seorang wanita ditemukan dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah tidak berpenghuni di Kampung Batu 4. 

Susulan itu, polis menahan dua lelaki berusia 51 dan 41 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Identiti wanita itu belum dapat disahkan berikutan keadaan mayat yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 31 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Kuching
Next: Cederakan wanita dengan topi keledar, lelaki ditahan polis di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.