Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lima individu ditahan, 25 saman trafik dikeluarkan dalam Op Tapis Khas IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

Lima individu ditahan, 25 saman trafik dikeluarkan dalam Op Tapis Khas IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 7 hours ago
Op Tapis Khas / Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan IPD Lubok Antu di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Polis menahan tiga lelaki dan dua wanita dalam Op Tapis Khas / Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, semalam.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin berkata, operasi tersebut dijalankan bagi membanteras jenayah, penyalahgunaan dadah serta memastikan pematuhan undang-undang imigresen dan lalu lintas di daerah berkenaan.

Menurutnya, seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan ditahan selepas ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Op Tapis Khas / Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan IPD Lubok Antu di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

Dalam perkembangan sama, DSP Pricha Azin berkata, dua lelaki dan seorang wanita warga asing turut ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002).

Beliau memaklumkan, seramai 28 pegawai dan anggota polis terlibat dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah itu yang turut memberi tumpuan kepada pemeriksaan kenderaan dan individu.

“Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 98 kenderaan dan 115 individu telah diperiksa. Selain itu, sebanyak 25 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas,” jelasnya.

Op Tapis Khas / Op Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilaksanakan IPD Lubok Antu di sekitar kawasan Engkilili dan Lubok Antu, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

Tambah beliau, IPD Lubok Antu akan terus melaksanakan operasi seumpama ini secara berkala bagi memastikan keselamatan, kesejahteraan dan ketenteraman awam di daerah tersebut sentiasa terpelihara.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya terus bekerjasama dengan pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah demi keselamatan bersama.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Jenayah telekomunikasi: Belia berusia 21 hingga 30 tahun catat mangsa tertinggi – Polis
Next: 31 motosikal disita dalam Operasi Samseng Jalanan di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.