Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis tahan dua individu positif dadah dalam operasi pusat hiburan di Kuching
  • JENAYAH

Polis tahan dua individu positif dadah dalam operasi pusat hiburan di Kuching

Utusan Sarawak 7 hours ago
Anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas pengunjung semasa operasi bersepadu di sebuah premis hiburan di Jalan Tun Jugah, yang membawa kepada penahanan dua individu disyaki positif dadah. Foto Facebook Polis Daerah Kuching

KUCHING: Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching telah menjalankan serbuan dan pemeriksaan ke atas sebuah premis hiburan di kawasan Jalan Tun Jugah, di sini, semalam.

Dalam operasi berkenaan, seramai 16 individu terdiri daripada lelaki dan wanita telah diperiksa. Hasil ujian saringan awal mendapati dua individu terbabit positif dadah sebelum ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut polis, kedua-dua suspek telah dibawa ke balai polis bagi tindakan lanjut, manakala premis hiburan berkenaan turut diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan syarat operasi yang ditetapkan.

Sehubungan itu, pihak polis menegaskan pemantauan serta tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi membanteras sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah, khususnya di premis hiburan.

Operasi berkenaan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan polis dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ops Imigresen: 55 PATI ditahan di sekitar Kuching dan Bau  
Next: OP Bersepadu serbu premis hiburan beroperasi lebih masa di Jalan Padungan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.