Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Alumni diplomat Kembali ke SJKC Chung Hua Simanggang, kongsi rahsia kejayaan global
  • PENDIDIKAN

Alumni diplomat Kembali ke SJKC Chung Hua Simanggang, kongsi rahsia kejayaan global

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATO Fenny Nuli menyempurnakan Majlis Graduasi Murid Tahun Enam Sesi Persekolahan 2025/2026 SJKC Chung Hua Simanggang, dekat sini kelmarin. Foto SJKC Chung Hua Simanggang

SIMANGGANG: Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak, Kementerian Luar Negeri, Dato Fenny Nuli, membawa nostalgia dan inspirasi apabila kembali menjejakkan kaki ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Simanggang, sekolah yang membentuk perjalanan hidupnya dari seorang kanak-kanak pemalu menjadi diplomat antarabangsa.

Fenny berkongsi bahawa keputusan mendiang bapanya menghantar empat beradik ke sekolah aliran Cina pada zaman dahulu bukanlah semata-mata pilihan pendidikan, tetapi visi jauh untuk masa depan mereka. “Kerana masa depan anak-anak itu jauh, bukan dekat,” kata beliau meniru nasihat ayahnya.

Beliau menekankan bahawa pengalaman bersekolah di Chung Hua bukan sahaja membina akademik, tetapi juga semangat muhibbah. Murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik, termasuk Cina, Iban, Bidayuh, Melayu dan Melanau yang belajar, bermain, dan berkawan tanpa mengenal sempadan kaum.

DATO Fenny Nuli menyempurnakan Majlis Graduasi Murid Tahun Enam Sesi Persekolahan 2025/2026 SJKC Chung Hua Simanggang, dekat sini kelmarin. Foto SJKC Chung Hua Simanggang

Keupayaan Fenny menguasai bahasa Mandarin menjadi aset besar dalam kerjayanya sebagai diplomat. Bahasa tersebut membolehkannya memahami budaya rakan sejawat dari negara berbahasa Mandarin dan membuka peluang menguasai bahasa lain, termasuk Thai. 

“Dari Switzerland hingga Panama, sirih tetap pulang ke ganggang,” ujar beliau mengenai hubungannya dengan kampung halaman.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Graduasi Murid Tahun Enam Sesi Persekolahan 2025/2026 SJKC Chung Hua Simanggang, di sini semalam.

Sementara itu, seramai 143 murid Tahun Enam SJKC Chung Hua Simanggang telah diraikan dalam majlis tersebut.

Fenny turut menggesa ibubapa pelajar bukan Cina untuk terus berani menghantar anak-anak ke aliran Cina, sambil menghargai ibu bapa Cina yang mengekalkan warisan pendidikan tersebut. 

Hari ini katanya, 51 peratus pelajar SJKC Chung Hua berasal daripada bukan Cina, membuktikan bahawa bahasa Mandarin kini menjadi aset global, bukan milik satu kaum sahaja.

“Sekolah ini memberi hadiah terbesar iaitu bahasa. Bahasa ialah pintu kepada dunia,” kata beliau, sambil menekankan bahawa keputusan bijak mendiang ayahnya puluhan tahun lalu kini terbukti memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Pada kunjungan ini, Fenny bukan sahaja meraikan nostalgia, tetapi turut mengingatkan pentingnya pendidikan berbilang bahasa dan semangat keterangkuman sebagai persiapan anak-anak menghadapi dunia global.

Dalam ucapan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah SJKC Chung Hua Simanggang, Temenggong Kueh Aik Seng, kehadiran Fenny merupakan satu kebanggan bagi sekolah ini dan beliau sudah boleh menjadi teladan kepada semua pelajar di sekolah ini. 

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Sri Aman, Abdul Rahman Muhiyuddin dan tetamu kehormat lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 196 murid terima bantuan pakaian seragam dan kasut sekolah 2026 di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.