Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 27 kes pokok tumbang dalam 24 jam
  • TEMPATAN

27 kes pokok tumbang dalam 24 jam

Utusan Sarawak 5 years ago
OPERASI…Bomba melakukan operasi khidmat khas pokok tumbang di seluruh negeri semalam melibatkan 27 kes.

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak telah melakukan khidmat khas pokok tumbang di seluruh Sarawak dengan melibatkan sebanyak 27 kes dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sarawak, operasi tersebut dilakukan melibatkan pemotongan serta pemindahan pokok yang tumbang berikutan cuaca rebut yang melanda hampir seluruh negeri.

“Operasi bermula pada 8.00 pagi pada 16 September dan berakhir pada 8.00 pagi 17 September.

“Ia melibatkan sebanyak enam zon di seluruh negeri,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Jelasnya, bagi zon Kuching, ia melibatkan operasi di Jalan Maxwell Dato Ahmad Tinggi dan Curve 55, Jalan Santubong, Petra Jaya.
“Sementara di Zon Kota Samarahan, terdapat tujuh terlibat, di Zon Sibu pula paling banyak dengan 13 kawasan.

“Di Bintulu hanya di Happy Valley Park City, Miri pokok tumbang di Jalan Datuk Permai Suri Lorong 5a dan Taman Wahsin, Jalan Wahsin, sementara di Limbang berlaku di Kampung Kangkita, Limbang dan Jalan Penjara Lama,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: 459 sasaran Program Pembudayaan Norma Baharu
Next: Dua sekolah tidak beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.