Feri Batang Paloh lanjut operasi sempena cuti sekolah, Krismas

Facebook
WhatsApp
FERI Batang Paloh.

MUKAH: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melanjutkan waktu operasi perkhidmatan feri di Bahagian Mukah, khususnya di Pangkalan Feri Batang Paloh, bersempena cuti akhir persekolahan Sesi 2025/2026 serta sambutan Perayaan Hari Krismas Tahun 2025 bermula 19 hingga 24 Disember 2025.

Menerusi notis pemberitahuan rasmi, Feri 1 akan terus beroperasi seperti biasa dari 6.00 pagi hingga 8.00 malam. 

Sementara itu, Feri 2 akan beroperasi sepanjang tempoh 19 hingga 24 Disember 2025 dengan waktu operasi dilanjutkan dari 6.00 pagi hingga 1.00 pagi.

OPERASI… Pelanjutan masa operasi perkhidmatan feri di Pangkalan Feri Batang Paloh, Mukah bermula 19 hingga 24 Disember 2025 sempena cuti akhir persekolahan Sesi 2025/2026 serta sambutan Perayaan Hari Krismas bagi melancarkan pergerakan penumpang dan kenderaan. Foto JKR Sarawak

Bagi menampung peningkatan aliran trafik pada tempoh puncak, Feri 3 turut beroperasi pada 20 dan 21 Disember 2025, juga dari 6.00 pagi hingga 1.00 pagi.

JKR turut menasihatkan para penumpang dan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan di pangkalan feri, di samping sentiasa mematuhi SOP feri serta arahan papan tanda keselamatan yang ditetapkan demi keselamatan semua pihak.

JKR Sarawak melanjutkan masa operasi Feri 2 dan Feri 3 di Pangkalan Feri Batang Paloh bagi menampung peningkatan aliran trafik sepanjang musim cuti sekolah dan perayaan Krismas, manakala Feri 1 beroperasi seperti biasa. Foto JKR Sarawak

Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik dan operasi feri boleh menghubungi Pejabat JKR Bahagian Mukah di talian 084-872180 atau Feri Batang Paloh, Foreman Mr Ting di 016-8701203.