Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • NSJA anjur kempen derma darah pembuka tirai Tahun Baharu 2026
  • Utara
  • WILAYAH


NSJA anjur kempen derma darah pembuka tirai Tahun Baharu 2026

Utusan Sarawak 6 hours ago
JOM DERMA… Pengerusi Penganjur dan Bendahari NSJA, Andy Jong Wan Joon (tengah), Pengurus Shun Shen Lee (Miri) Trading Sdn Bhd, Jimmy Yii Jiun Hieng (kiri) serta Pengerusi Kelab Sosial MiriFM, Teo Kee Hoe (kanan) mengajak orang ramai  menderma derma 1 Januari tahun depan.

MIRI: Persatuan Wartawan Sarawak Utara (NSJA)  akan menganjurkan kempen derma darah pada 1 Januari 2026 sebagai kempen pembuka tirai Tahun Baharu 2026.

Kempen itu dianjurkan bersama Kelab Sosial MiriFM dan Shun Shen Lee (Miri) Trading Sdn Bhd.

Pengerusi Penganjur Bersama, Andy Jong Wan Joon berkata, kempen itu akan berlangsung di Level 3, Exhibition Hall, Boulevard Shopping Mall, Jalan Pujut di sini dari 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Menurutnya, kempen berkenaan menyasarkan kutipan sebanyak 100 pain darah bagi membantu memastikan bekalan darah Hospital Miri mencukupi untuk kegunaan pesakit pada bila-bila masa.

“Pada pembukaan 2026 ini, kami menggesa semua penduduk di bandar raya Miri untuk tampil menderma darah dan bersama-sama menyokong Tabung Darah Hospital Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Andy berkata, setiap penderma darah yang layak akan menerima beg cenderamata berisi dua kilogram Beras Sihat Royal Basmathi, sekampit beras, minyak masak Merries, roti dan Indocafe, berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Andy Jong turut mengalu-alukan penyertaan penderma baharu, terutama menjelang musim perayaan Tahun Baharu, Tahun Baharu Cina serta cuti sekolah yang bakal tiba, yang lazimnya menyaksikan peningkatan keperluan bekalan darah.

“Kami menjemput para penderma untuk menderma darah sebelum menjelang perayaan yang akan datang demi memastikan keperluan pesakit dapat dipenuhi,” ujarnya.

Program itu turut mendapat sokongan Tabung Darah Hospital Miri, Hospital Miri, Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Miri serta Boulevard Shopping Mall Miri selaku penaja tapak.

Penaja lain termasuk The Twin Brothers Patisserie dan Sarawak Oil Palm Berhad.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bekalan air di Lubok Antu dipulihkan secara berperingkat selepas kerja baik pulih paip siap
Next: Peruntukan RM300,000 UNIFOR bantu selenggara SK St Michael Plassu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.