
KUCHING: Seorang lelaki warga tempatan berusia 36 tahun ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes khianat kabel di Jalan BDC, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata tangkapan dibuat ketika suspek sedang melakukan kegiatan jenayah tersebut bersama dua lagi individu yang berjaya melarikan diri dan kini masih dikesan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua duanya sekali jika sabit kesalahan.
Menurut beliau, semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai sebanyak 13 rekod jenayah terdahulu. Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek juga didapati positif dadah.

Alexson berkata pihak polis mengalu alukan orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini supaya menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Asan Osman, di talian 019 867 5550.
Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan individu mencurigakan dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082 24444 atau mana mana balai polis berhampiran.
Oleh Connie Chieng