Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Iman yang teruji: Realiti kehidupan anak muda masa kini
  • RENCANA

Iman yang teruji: Realiti kehidupan anak muda masa kini

Utusan Sarawak 10 hours ago
HANIM Apeng ditemubual Bernama mengenai kraf tangan warisan Orang Asli sempena Festival Irama Asli & Asal 2025, di sini, baru-baru ini. Bermula daripada minat terhadap kraf tangan warisan Orang Asli, Hanim Apeng atau lebih dikenali sebagai Mak Intan kini membawa hasil kraf komuniti itu ke pentas antarabangsa menerusi Asli Mak Intan Enterprise. Mak Intan, 54, dari suku kaum Jakun-Jahut berkata platform itu menghimpunkan dan memasarkan kraf komuniti Orang Asli di Semenanjung, sekali gus membantu pengusaha kecil menjana pendapatan. Beliau berkata minat dalam bidang kraf tangan bermula sejak kecil apabila mengikuti ibu bapanya masuk ke hutan untuk mencari kayu dan bahan anyaman, sebelum kemahiran itu terus diasah melalui penyertaan dalam pelbagai kelas dan bengkel. Foto BERNAMA

ANAK muda sering dianggap sebagai nadi masa depan sesebuah bangsa dan agama. Dalam konteks Islam, golongan muda mempunyai kedudukan yang sangat istimewa kerana mereka berada pada fasa kehidupan yang penuh tenaga, semangat dan potensi besar.

Namun, realiti hari ini menunjukkan bahawa iman anak muda sedang berdepan ujian yang semakin mencabar seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi.

Dunia moden menawarkan pelbagai kemudahan dan peluang, namun dalam masa yang sama membawa cabaran besar terhadap pegangan akidah dan akhlak.

Media sosial, hiburan tanpa batas, tekanan hidup serta kekeliruan nilai menjadikan perjalanan iman anak muda tidak lagi mudah seperti dahulu.

Persoalannya, bagaimana anak muda harus menghadapi ujian ini agar iman mereka terus terpelihara?

Allah SWT telah menjelaskan bahawa iman tidak akan terlepas daripada ujian. Firman-Nya: “Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: ‘Kami telah beriman’, sedangkan mereka tidak diuji?” (Surah al-‘Ankabut: 2)

Ayat ini menegaskan bahawa ujian adalah bukti keimanan, bukan tanda kebencian Allah SWT, bahkan satu proses mendidik jiwa agar lebih dekat kepada-Nya.

CABARAN KEHIDUPAN MODEN DAN UJIAN TERHADAP IMAN ANAK MUDA 

Salah satu cabaran utama yang menguji iman anak muda masa kini ialah pengaruh gaya hidup moden yang melalaikan. Hiburan kini berada di hujung jari, tanpa tapisan nilai dan batasan agama.

Media sosial bukan sahaja menjadi medan komunikasi, malah membentuk cara berfikir, tingkah laku dan gaya hidup anak muda.

Tidak dinafikan, sebahagian anak muda terjebak dengan budaya pergaulan bebas, pendedahan aurat, hiburan melampau dan gaya hidup hedonisme. Jika tidak dikawal, semua ini boleh melemahkan iman dan menjauhkan seseorang daripada nilai Islam.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan bahawa dunia ini penuh dengan tarikan yang boleh melalaikan manusia.

Sabda Baginda SAW: “Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan Allah SWT menjadikan kamu khalifah di dalamnya untuk melihat bagaimana kamu beramal.” (Riwayat Muslim)

Hadis ini mengingatkan bahawa keseronokan dunia hanyalah ujian, dan manusia dinilai berdasarkan bagaimana mereka mengurus nikmat tersebut.

Selain pengaruh hiburan, tekanan hidup turut menjadi ujian besar kepada anak muda. Cabaran mencari pekerjaan, kos sara hidup yang meningkat, persaingan akademik dan tuntutan sosial sering menyebabkan tekanan emosi dan jiwa.

Ada yang berasa putus asa apabila gagal mencapai apa yang diimpikan, lalu mempertikaikan takdir dan menjauhkan diri daripada agama.

Hakikatnya, Islam mengajar bahawa setiap ujian mempunyai hikmah dan perlu dihadapi dengan sabar. Firman Allah SWT: “Dan sungguh, Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah: 155)

Iman anak muda juga diuji melalui kekeliruan nilai dan identiti diri. Pengaruh pemikiran yang mengagungkan kebebasan mutlak menyebabkan ada yang menganggap agama sebagai penghalang kemajuan.

Batas halal dan haram dipandang remeh atas alasan menyesuaikan diri dengan arus moden. Keadaan ini amat membimbangkan kerana iman yang tidak dipandu ilmu mudah terhakis.

Rasulullah SAW telah memberi peringatan tentang fitnah akhir zaman yang boleh menggoncang iman manusia. Sabda Baginda SAW: “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gelita; seseorang beriman pada waktu pagi, tetapi menjadi kafir pada waktu petang.” (Riwayat Muslim)

Ketinggian ilmu Saidina RA

SAIDINA Ali memiliki otak yang cerdas, lidah yang gemar bertanya, telinga yang sentiasa mendengar dan mata yang memiliki penglihatan tajam.

Beliau juga seorang yang berfikiran jauh dan mampu menyelesaikan masalah-masalah rumit yang datang padanya. Ketika zaman Rasulullah SAW, Saidina Ali tergolong di kalangan orang-orang yang menghafal Al-Quran. Bukan itu sahaja, beliau juga mahir dengan ilmu tafsir dan takwil ayat-ayat Al-Quran.

Oleh kerana beliau tinggal bersama-sama Rasulullah SAW sejak dari kecil, maka amat mudah bagi beliau untuk menghafal, mempelajari dan seterusnya menguasai ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran.

Beliau berasa amat bersyukur kepada Allah SWT atas kelebihan yang diberikan kepadanya. Saidina Ali pernah berkata, “Demi Allah SWT, tidak diturunkan satu ayat pun kecuali aku mengetahui pada peristiwa apa, di mana dan mengenai siapa ayat itu diturunkan.

Sesungguhnya Tuhanku telah memberikan padaku otak yang cerdas dan lisan yang pandai berkata-kata”. Kata-kata yang lahir dari mulut Saidina Ali ini bukanlah satu bentuk kebanggaan diri tetapi satu bentuk kesyukuran kepada Allah SWT.

Ali juga pernah berkata, “Tanyakanlah kepadaku tentang Kitabullah. Tidak ada satu ayat pun melainkan aku mengetahui tentang sebab apakah ayat itu diturunkan, waktu yang diturunkan sama ada pada waktu malam atau siang ianya diturunkan dan diturunkan kepada Rasulullah SAW di dataran rendah atau di pergunungan”.

Disebabkan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Saidina Ali, maka Rasulullah SAW mengutuskannya ke Yaman untuk menjadi hakim. Saidina Ali meriwayatkan bahawa, ketika Rasulullah SAW mahu menghantarkannya ke Yaman, beliau telah berkata kepada baginda “Wahai Rasulullah SAW, engkau mengutuskan aku ke Yaman, sedangkan aku masih muda.

Engkau mengangkatku sebagai hakim padahal aku tidak mengerti hukum-hukum”. Mendengar kegusaran Saidina Ali tersebut, maka baginda berdoa, “Ya Allah, berikanlah petunjuk ke dalam hatinya menepuk dada Saidina Ali lantas dan tetapkanlah lidahnya (tutur katanya)”. Saidina Ali berkata, “Demi Allah, sejak saat itu aku tidak pernah lagi ragu-ragu dalam memutuskan pertikaian antara dua pihak yang datang di hadapanku.”

Para sahabat juga memuji keilmuan Saidina Ali. Ramai di kalangan para sahabat termasuk para sahabat yang besar datang bertanyakan masalah-masalah kepada Saidina Ali.

Mereka mengambil pendapatnya dalam menyelesaikan pelbagai persoalan dan masalah. Saidina Umar pernah berkata, “Ali adalah yang paling baik dalam memutuskan perkara di antara kami”. Saidina Umar juga pernah berkata, “Aku berlindung kepada Allah dari masalah yang Abu Hasan (Saidina Ali) tidak menanganinya.” 

Saidina Ali juga merupakan pakar rujuk bagi Saidina Umar dalam bidang perundangan. Jaafar bin Muhammad telah menceritakan bahawa Saidina Umar telah didatangi oleh seorang wanita yang telah terpikat dengan seorang pemuda Ansar. Wanita itu amat gilakan pemuda tersebut.

Namun, apabila pemuda itu tidak menghiraukan godaannya, maka dia membuat helah ke atasnya. Dia mengambil sebiji telur dan dibuang bahagian kuningnya. Dia melumurkan telur (putih) itu ke atas pakaian dan di antara kedua belah pahanya.

Kemudian dia datang kepada Saidina Umar sambil berteriak, “Orang ini telah merogolku, dia memberi malu kepada ahliku (keluargaku) dan (lihat) ini dia bukti perbuatannya”.

Hanzalah Azman

Continue Reading

Previous: Had umur 16 tahun media sosial: Antara perlindungan dan keperluan generasi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.