Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki miliki dadah dipenjara tiga tahun, tiga sebatan di Lawas
  • MAHKAMAH

Lelaki miliki dadah dipenjara tiga tahun, tiga sebatan di Lawas

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan.

LAWAS: Rayuan terhadap keputusan kes penuh di akhir kes pembelaan pada 16 Disember, baru-baru ini di Mahkamah Majistret Lawas berkaitan kes penyalahgunaan dadah telah ditolak.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Jonathan Lim Hsi How.

Hakim Monica Linsua memutuskan bahawa tertuduh, Liaw Liang Soon, 32, didapati bersalah di bawah Seksyen 12(2) dibaca bersama Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun bermula dari tarikh sabitan serta tiga sebatan.

Terdahulu, tertuduh mengaku tidak bersalah dan telah dibicarakan di Mahkamah Majistret Lawas.

Namun, selepas perbicaraan, mahkamah mendapati beliau bersalah kerana memiliki dadah jenis methamphetamine dengan berat bersih 13.64 gram.

Oleh Adeng Edrus

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Rayuan lelaki dalam kes dadah gagal, hukuman penjara dikekalkan
Next: Kes cerai Kamal Adli, Uqasha Senrose: Proses pendamaian temui jalan buntu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.