Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • MRSM Bintulu raikan 99 graduan sulung pada majlis graduasi pertama
  • PENDIDIKAN

MRSM Bintulu raikan 99 graduan sulung pada majlis graduasi pertama

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENGETUA MRSM Bintulu, Amiruddin Mohammad Ghazali berucap pada Majlis Graduasi Kali Pertama MRSM Bintulu 2025.

BINTULU: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bintulu mencatat satu lagi detik penting dalam sejarah penubuhannya apabila berjaya melahirkan 99 graduan sulung, sekali gus menandakan permulaan peranan institusi itu sebagai pusat pembangunan modal insan berkualiti di wilayah tengah Sarawak.

Pengetua MRSM Bintulu, Amiruddin Mohammad Ghazali berkata, Majlis Graduasi MRSM Bintulu yang dianjurkan buat pertama kali menjadi manifestasi kepada proses pendidikan menyeluruh yang telah dilalui pelajar, bukan sahaja dari aspek akademik malah pembentukan sahsiah, kepimpinan dan jati diri.

Menurutnya, tempoh pengajian di MRSM Bintulu telah membekalkan graduan dengan disiplin, daya tahan serta kematangan yang diperlukan untuk menghadapi fasa seterusnya dalam kehidupan, termasuk alam pengajian tinggi dan dunia kerjaya yang semakin mencabar.

PENGETUA MRSM Bintulu, Amiruddin Mohammad Ghazali menyampaikan Anugerah Penghormatan Pengetua kepada graduan Stephen Liew Soon Seng sempena Majlis Graduasi Kali Pertama MRSM Bintulu 2025.

“Majlis graduasi ini bukan sekadar menandakan tamatnya persekolahan, sebaliknya mengiktiraf perjalanan panjang para graduan yang melalui pelbagai cabaran dalam membina ilmu, sahsiah dan keperibadian.

“Graduan MRSM dinilai secara holistik, bukan hanya berdasarkan pencapaian akademik, tetapi juga dari segi bakat, disiplin, akhlak dan kebolehan memimpin yang dibentuk sepanjang tempoh berada di maktab,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Graduasi Kali Pertama MRSM Bintulu yang berlangsung di Dewan Premier MRSM Bintulu di sini, hari ini.

MRSM Bintulu mula beroperasi secara rasmi pada 11 Mac 2024 dengan pengambilan pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat dan kohort Tingkatan Empat muncul sebagai graduan sulung selepas menamatkan pengajian selama dua tahun.

PENGETUA MRSM Bintulu, Amiruddin Mohammad Ghazali menyampaikan Anugerah Penghormatan Pengetua kepada graduan Jasmine Delaila Jimmie pada Majlis Graduasi Kali Pertama MRSM Bintulu 2025.

Sebagai institusi yang masih muda, MRSM Bintulu kini dilihat berada pada landasan positif apabila berjaya membina asas kukuh dalam pelaksanaan akademik dan pembangunan pelajar.

Ia sekali gus meletakkan institusi itu sebagai antara platform pendidikan sains yang berpotensi menyumbang kepada pembangunan bakat muda di Sarawak.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Petronas kukuhkan pembangunan modal insan Sarawak melalui MRSM Bintulu
Next: Keputusan UP-DLP SK Nanga Gayau baik namun perlu dipertingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.