Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pusat Khidmat Parlimen Sarikei santuni penduduk sempena sambutan Krismas
  • Tengah
  • WILAYAH

Pusat Khidmat Parlimen Sarikei santuni penduduk sempena sambutan Krismas

Utusan Sarawak 8 hours ago
TERIMA KASIH… Pasukan Pusat Khidmat Parlimen Sarikei menyerahkan kad krismas dan kalendar 2026. Foto Pusat Khidmat Parlimen Sarikei

BINTANGOR: Pendekatan turun padang terus diperkukuh apabila Pusat Khidmat Parlimen Sarikei melaksanakan program ziarah bagi mewakili Ahli Parlimen Sarikei, Dato’ Sri Huang Tiong Sii untuk menyampaikan kad Krismas dan kalendar 2026 kepada penduduk setempat di sekitar bandar Bintangor, semalam.

Tiong Sii berkata, inisiatif tersebut bukan sekadar menyampaikan ucapan perayaan, malah menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat di peringkat akar umbi.

“Program ziarah ini bertujuan menyelami keperluan penduduk selain menyampaikan ucapan perayaan sempena sambutan Krismas yang bakal tiba.

“Pendekatan secara bersemuka amat penting bagi memastikan komunikasi bersama penduduk dapat dijalinkan secara berterusan, di samping memahami keperluan serta pandangan masyarakat setempat,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, program seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai sebahagian daripada usaha mendekati rakyat dan memastikan kebajikan komuniti sentiasa diberi perhatian.

“Usaha ini akan diteruskan bagi memastikan hubungan bersama penduduk terus terjalin dengan baik.

“Penyampaian kad Krismas dan kalendar 2026 ini bukan sahaja tertumpu di bandar Bintangor, malah akan diperluaskan ke kawasan sekitar Meradong termasuk rumah panjang dan kampung-kampung,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Ibu kepada Dr Annuar Rapa’ee meninggal dunia pada usia 91 tahun
Next: SJKC Kai Nan catat lonjakan pendaftaran, tarik sokongan komuniti majmuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.