Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Wujud rancangan pecah belah undi Warisan Plus
  • NASIONAL

Wujud rancangan pecah belah undi Warisan Plus

Utusan Sarawak 5 years ago

KOTA KINABALU, 16 Sept -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika sidang media selepas sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah hari ini. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika sidang media selepas sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sabah 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah semalam. • Foto BERNAMA

SEMPORNA: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin terdapat rancangan besar bagi memecahbelahkan undi dalam usaha memastikan Warisan Plus tumbang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akhir bulan ini. 

Ketua  Menteri Sabah itu berkata, perkara ini terbukti apabila begitu banyak parti dan  calon menawarkan diri untuk bertanding termasuk kemunculan semula beberapa ahli politik veteran.

Menurutnya, meskipun kehadiran gabungan  parti melaungkan solidariti  namun sudah pasti mempunyai hasrat dan cita-cita  tertentu tanpa terikat  dengan mana-mana  parti.

Walaupun  menyatakan  wujud  kesepakatan, namun  ia jelas  tidak kelihatan  apabila  berlaku pertembungan  antara sekutu  merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam gabungan  tersebut.

“Saya  percaya rakyat bukan mudah  untuk diperbodohkan dengan  pendekatan ini dan yakin  tujuan  pembangkang hanya untuk memecahbelahkan sokongan  terhadap Warisan  dan sekutunya  seperti PKR, DAP dan Amanah,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama di kediamannya, di sini, baru-baru ini. 

PRN Sabah kali ini melakar  sejarah tersendiri apabila menampilkan 447 calon  termasuk 43 wanita daripada 15 parti termasuk calon bebas di 73 kerusi DUN berbanding 349 calon bertanding bagi  keseluruhan kerusi Parlimen dan DUN semasa Pilihan  Raya Umum  Ke-14 (PRU14) pada  2018. 

Antara ahli politik veteran kembali semula kepada  perjuangan parti ialah bekas ketua menteri Tan Sri Chong Kah Kiat daripada  Parti Liberal Demokratik (LDP) di kerusi DUN Inanam dan bekas ketua menteri dan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Usukan.

BN,  rakan sekutunya daripada Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bertembung di 17 kawasan DUN, antaranya di  Bengkoka,  Matunggong,  Tandek,  Kadamaian,  Tanjung Aru, Sook, Telupid dan Karamunting.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata ada di antara calon  juga yang dikenali beliau termasuk  anggota keluarga sendiri, yang masih bergantung  kepada bantuan  yang selalu diberikan, sedangkan mereka sedar tidak berupaya  untuk membentuk kerajaan. 

“Mereka mungkin ambil ruang dan kesempatan ini setelah ada orang-orang tertentu yang menaja mereka, menghasut mereka untuk mencemarkan sistem yang ada, maknanya kawasan-kawasan ini walaupun mereka tahu kemungkinan besar mereka tidak boleh memenangi pilihan raya. 

“Saya yakin  di sebalik takbir mereka ini diberi dorongan dan juga imbuhan kewangan untuk menawarkan diri  sebagai calon supaya jangan ada kawasan yang tanpa bertanding,” katanya.

Mengikut  data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tiada  langsung pertandingan satu lawan satu  pada pilihan raya kali ini dengan paling  sedikit pertandingan tiga penjuru dan paling banyak 11 penjuru.

Pertandingan  lima penjuru, enam penjuru dan tujuh penjuru  merupakan kelompok yang paling  banyak.

Bagaimanapun,  Mohd Shafie berkata, ia  bukanlah satu cabaran yang amat berat memandangkan beliau yakin rakyat di negeri ini mampu mengenali dan mengetahui pilihan terbaik yang akan memegang tampuk pemerintahan Negeri di Bawah Bayu itu. 

Katanya, PRN kali ini  sebenarnya berkisar kepada keinginan rakyat untuk sebuah parti tempatan yang mampu memperjuangkan hak  mereka, bukannya parti luar yang dianggap akan memberikan banyak kongkongan dan tekanan.

“Tapi kebimbangan mereka setiap parti berasaskan bukan dari Sabah akan  banyak kongkongan, banyak tekanan sehingga nak minta  jadi calon dan kerusi pun susah. Tapi mereka laungkan ada autonomi, tapi hakikatnya tiada autonomi.

“Masing-masing parti nakkan supaya mereka mempunyai bukan hanya jumlah tapi kuasa berlebihan dan dengan itu perebutan kerusi ini tidak sampai ke penghujungnya,  saya ingat sampai sekarang pun,” katanya.

Apa yang jelas ketika ini juga, kata Mohd Shafie,  Bersatu dan UMNO misalnya masih bergelut dalam memutuskan siapa bakal ketua menteri  sekiranya parti itu menang,  selain jumlah kerusi UMNO yang jauh lebih besar daripada Bersatu.

UMNO meletakkan 32 calon manakala Bersatu 19 calon pada PRN Sabah, 26 September ini.

“Kita sedar dan tahu bahawa UMNO jumlah  (kerusi) dia besar dari Bersatu, bertanding pada kali ini mana mungkin Bersatu itu boleh jadi ketua sedangkan UMNO juga miliki jumlah kerusi besar,” katanya. – Bernama 

Continue Reading

Previous: GRS pastikan setiap daerah ada kemudahan asas
Next: Bekas CEO 1MDB risau syarikat banyak hutang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.