Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Kes kematian akibat denggi menurun 61.3 peratus – Dzulkelfy
  • KESIHATAN

Kes kematian akibat denggi menurun 61.3 peratus – Dzulkelfy

Utusan Sarawak 9 hours ago
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kes kematian akibat denggi di negara ini mencatatkan penurunan 61.3 peratus kepada 43 kes berbanding 111 kes yang direkodkan pada tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata kes denggi di seluruh negara turut merekodkan penurunan 56.5 peratus iaitu 51,046  kes setakat 6 Dis lepas berbanding 118,291 kes sepanjang 2024.

“Kita mahu apabila Disember ini tamat, kita dapat kekalkan 51.046 kes iaitu 56.5 peratus penurunan. 

“Tahniah kepada program kesihatan awam, bahagian kawalan penyakit dan semua yang telah mengambil bahagian (mengawal kes denggi),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Insektarium Wolbachia Putrajaya di sini hari ini bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Insektarium Wolbachia Putrajaya adalah fasiliti kedua yang dibangunkan bagi memperkukuh pelaksanaan Pelepasan Nyamuk Aedes berWolbachia (Wolbachia Mosquito Operation — WMO) di negara ini bagi memerangi nyamuk Aedes.

Dzulkefly berkata Kementerian Kesihatan (KKM) terus memperkukuh strategi pencegahan dan kawalan denggi secara bersepadu melalui Pejabat Kesihatan Daerah dan menerusi kerjasama rakan strategik, pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi berkaitan serta komuniti setempat, selaras dengan pendekatan whole-of-nation.

Sejak 2019, beliau berkata KKM memperkenalkan satu daripada penyelesaian inovatif dalam kawalan denggi iaitu melalui pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia iaitu satu kaedah biologi yang terbukti secara saintifik dapat mengurangkan keupayaan nyamuk menyebarkan virus denggi.

“Intervensi ini melengkapkan pendekatan sedia ada seperti Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP), kawalan kimia termasuk larvasid dan fogging, serta penglibatan komuniti dalam menjaga kebersihan persekitaran. Pendekatan ini selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menekankan kawalan vektor secara bersepadu dan mampan,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha berkata pihaknya komited membantu KKM dalam mengurangkan kes denggi di semua kawasan di Wilayah Persekutuan. 

Beliau berkata penyediaan bangunan bagi pelaksanaan Insektarium Wolbachia Putrajaya membuktikan komitmen serta kerjasama PBT bagi mengurangkan kes denggi.

“Kita menggunakan bangunan yang telah lama tidak digunakan dan kita alih fungsi kepada satu bangunan yang dapat dimanfaatkan KKM dan memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: 100 pek darah dikumpul Kempen Derma Darah 4.0 di Dalat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.