Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bas terjunam ke dalam gaung di Colombia, 17 maut
  • GLOBAL

Bas terjunam ke dalam gaung di Colombia, 17 maut

Utusan Sarawak 15 hours ago
Seorang petugas forensik berada di lokasi nahas bas yang terbabas lalu terjunam ke dalam gaung, mengakibatkan 17 orang maut dan 20 lagi cedera berhampiran perbandaran Remedios, Jabatan Antioquia, Colombia, semalam. Seramai 16 pelajar dan seorang pemandu disahkan meninggal dunia dalam kemalangan bas di barat laut Colombia, menurut seorang pegawai dari perbandaran Bello kepada AFP. Foto AFP

BOGOTÁ, Colombia: Sekurang-kurangnya 17 orang termasuk 16 pelajar sekolah menengah dan seorang pemandu maut apabila bas yang mereka naiki terjunam ke dalam gaung di barat laut di sini, semalam.

Kumpulan pelajar berusia antara 16 hingga 18 tahun dari sebuah sekolah di Bello, berhampiran Medellin, sedang dalam perjalanan pulang dari pantai Caribbean selepas meraikan tamat persekolahan.

Menurut pihak berkuasa, seramai 20 lagi cedera dalam jatuhan sedalam 40 meter itu. Sumber dari pejabat Datuk Bandar Bello memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan bagi menentukan jumlah mangsa bawah umur.

Gabenor Jabatan Antioquia, Andres Julian Rendon, berkata punca kemalangan masih dalam siasatan.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, seorang mangsa terselamat berkata beliau sedang tidur sebelum tiba-tiba terdengar jeritan, dan selepas itu tidak lagi mengingati apa-apa.

Pelajar terbabit dilaporkan membiayai sendiri perjalanan ke bandar pantai Tolu dan Covenas untuk meraikan tamat persekolahan. Pasukan penyelamat terpaksa mengusung mangsa keluar dari gaung berbahaya itu menggunakan pengusung.

Presiden Gustavo Petro turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dalam satu hantaran di X.

“Saya tidak suka apabila anak muda meninggal dunia. Lebih-lebih lagi apabila mereka sedang belajar atau bersantai dengan gembira,” katanya.

Sumber polis memberitahu AFP bahawa kumpulan gerila Tentera Pembebasan Kebangsaan (ELN) beroperasi di kawasan nahas, menyebabkan anggota bomba dan polis perlu mengambil langkah keselamatan khas untuk menjalankan operasi menyelamat.

ELN turut mengarahkan orang awam supaya mengelak perjalanan komersial selama 72 jam di kawasan di bawah kawalan mereka bermula Ahad, sementara mereka menjalankan latihan ketenteraan.

Menurut pihak berkuasa jalan raya, secara purata sebanyak 22 kematian berkaitan kemalangan jalan raya direkodkan setiap hari di Colombia pada 2024. -AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Angka korban banjir Indonesia melebihi 1,000, usaha bantuan dipertingkatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.