Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jumlah mangsa banjir di Terenganu meningkat, Sarawak menurun
  • SEMASA

Jumlah mangsa banjir di Terenganu meningkat, Sarawak menurun

Utusan Sarawak 16 hours ago
FOTO BERNAMA.

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu meningkat pagi ini manakala situasi banjir di Sarawak beransur pulih dengan bilangan mangsa di negeri itu terus menurun.

Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 299 orang daripada 78 keluarga di dua daerah setakat 9 pagi ini, berbanding 53 mangsa daripada 18 keluarga malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kemaman menjadi daerah terbaharu dilanda banjir apabila sebanyak 108 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Sivik Bukit Kuang yang dibuka pada 9.10 malam tadi.

Di Hulu Terengganu, sebanyak 191 mangsa daripada 58 keluarga berpindah ke empat PPS iaitu PPS Balairaya Kampung Pelandang, Balairaya Kampung Kemat, Masjid Kampung Peneh dan Bangunan PPS Kampung Lubok Periok.

Berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my, paras air di stesen Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut melepasi paras bahaya manakala Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih (F2), Kemaman dan Sungai Dungun di Kuala Jengai (F2), Dungun melepasi paras amaran.

Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir dan kejadian tanah runtuh di negeri itu terus menunjukkan penurunan dengan hanya dua PPS masih beroperasi di Miri.

JPBN Sarawak memaklumkan setakat 8 pagi ini, sebanyak 18 mangsa daripada sembilan keluarga masih ditempatkan di PPS, berbanding 29 mangsa daripada 17 keluarga yang direkodkan petang semalam.

Menurut JPBN, jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Suai, Niah menurun kepada 10 orang daripada enam keluarga, berbanding 21 orang daripada 14 keluarga sebelum ini.

Sementara itu, PPS Dewan Bulan Sabit Merah masih menempatkan empat mangsa banjir daripada dua keluarga serta empat mangsa daripada sebuah keluarga yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa stesen pemantauan paras air di Miri masih mencatatkan bacaan melebihi paras amaran seperti di Long Teru, paras air sungai direkodkan pada 8.52 meter (m), melepasi paras bahaya 8.0m dengan trend meningkat setakat 8.15 pagi ini.

Di Marudi pula, paras air berada pada 3.7m, melebihi paras bahaya 3.25m dengan trend kekal. Sementara itu, paras air di Benawa mencatatkan bacaan 7.36m, melepasi paras amaran 7.0m namun menunjukkan trend menurun.

Bagi Batu Niah Bazaar, paras air direkodkan pada 3.17m, melepasi paras waspada 2.62m dan turut menunjukkan trend menurun.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda tujuh negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah serta Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 1 tengah hari. 

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di beberapa kawasan di Kedah (Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim) serta Pahang (Raub dan Bentong).

Keadaan sama turut diramal di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, selain beberapa kawasan di Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin). 

Kawasan terlibat di Sabah pula termasuk Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. 

-BERNAMA 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lapan PPS masih aktif libatkan 219 mangsa di lima negeri 
Next: AirBorneo nafi kadar tambang naik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.