Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Negara perlu 70 peratus bidang kerja STEM untuk jadi negara maju
  • PENDIDIKAN

Negara perlu 70 peratus bidang kerja STEM untuk jadi negara maju

Utusan Sarawak 2 days ago
STEM… Negara perlu memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus peluang pekerjaan berasaskan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

KOTA BHARU: Negara perlu memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus peluang pekerjaan berasaskan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk mencapai status negara maju, kata Setiausaha Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Abdullah Daud.

Beliau berkata keperluan itu menuntut peranan aktif MOSTI dalam memperkasa bidang STEM di semua peringkat masyarakat, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Untuk menjadi sebuah negara maju, kita perlu memastikan tujuh daripada 10 pekerjaan didominasi atau berasaskan STEM, terutamanya dalam bidang kejuruteraan, seni bina dan sains,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Karnival Sains, Teknologi dan Digital (STI) MADANI 2025 di UTC Kelantan, di sini hari ini.

Abdullah berkata selaras dengan matlamat tersebut, MOSTI melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membudayakan STEM dalam kalangan masyarakat, termasuk penganjuran Karnival STI MADANI yang digerakkan ke seluruh negara sehingga ke kawasan pedalaman.

STEM… Negara perlu memastikan sekurang-kurangnya 70 peratus peluang pekerjaan berasaskan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Beliau berkata pelaksanaan program STI tahun ini turut dibuat mengikut kawasan Parlimen bagi memastikan pendedahan terhadap bidang STEM dapat disampaikan secara menyeluruh kepada golongan sasar tanpa keciciran, dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar.

Abdullah berkata MOSTI juga melantik penyelidik dari Universiti Malaya bagi mengumpul data berkaitan kecenderungan dan minat pelajar terhadap bidang STEM menerusi pelaksanaan program STI.

“Kumpulan penyelidik ini telah mengeluarkan laporan interim yang mendapati beberapa negeri masih ketinggalan dari segi minat dan kecenderungan terhadap STEM, termasuk Kelantan, Sabah dan Sarawak,” katanya.

-Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pendidikan tonggak pembangunan Sarawak, lahir modal insan masa depan
Next: Petronas perkasa pendidikan, bantu komuniti Lambir sempena Krismas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.