Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan sehingga Khamis
  • NASIONAL

MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan sehingga Khamis

Utusan Sarawak 17 hours ago
GAMBAR hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga Khamis (18 Disember).

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di seluruh negeri Kelantan dan Terengganu.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin serta Johor di Mersing dan Kota Tinggi.

Beliau berkata hujan berterusan tahap waspada pula melibatkan Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh, Maran dan Bera) serta Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) untuk tempoh sama.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku sehingga Selasa (16 Disember) melibatkan Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca, laman media sosial rasmi MetMalaysia dan talian MET Malaysia 1-300-22-1638.- Bernama

Continue Reading

Previous: KPDN laksana 269 siri PJRM kembali ke sekolah 2026 mulai 20 Disember
Next: Kemeriahan Krismas kian terasa, pusat beli-belah jadi tumpuan orang ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.