Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat United Airlines ke Tokyo berpatah balik ke Dulles akibat kegagalan enjin
  • GLOBAL

Pesawat United Airlines ke Tokyo berpatah balik ke Dulles akibat kegagalan enjin

Utusan Sarawak 18 hours ago
Gambar yang disediakan oleh Houman David Hemmati menunjukkan asap tebal berkepul di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Virginia, semalam selepas penerbangan United Airlines menuju Tokyo berpatah balik ke lapangan terbang sejurus berlepas berikutan kebakaran enjin yang dilaporkan. Foto AFP

New York, Amerika Syarikat: Sebuah pesawat Boeing 777 milik United Airlines yang dalam perjalanan ke Tokyo terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Washington semalam selepas mengalami kegagalan enjin dan mencetuskan kebakaran kecil berhampiran landasan.

Menurut pihak berkuasa, tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 275 penumpang dan 15 kru. Pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas kehilangan kuasa pada salah satu daripada dua enjinnya dan membuang bahan api bagi mengurangkan berat sebelum mendarat.

“Tidak lama selepas berlepas, Penerbangan United 803 kembali ke Washington Dulles dan mendarat dengan selamat untuk menangani isu kehilangan kuasa pada salah satu enjinnya,” kata United Airlines dalam kenyataan.

United turut memaklumkan sedang mengatur penerbangan lain ke Haneda bagi membawa penumpang pada hari yang sama.

Jurucakap lapangan terbang berkata, pesawat berkenaan mencetuskan kebakaran kecil di sekitar landasan ketika berlepas, namun api berjaya dipadamkan segera. Pesawat kemudian mendarat dengan selamat sekitar 1.30 petang dan diperiksa oleh pasukan bomba lapangan terbang.

Landasan yang terjejas ditutup seketika, tetapi operasi penerbangan lain tidak terjejas kerana Dulles mempunyai beberapa landasan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan pesawat berpatah balik selepas kegagalan enjin ketika berlepas dan akan menjalankan siasatan. Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) turut memaklumkan sedang mengumpul maklumat mengenai insiden tersebut.

Boeing sebagai pengeluar pesawat merujuk semua pertanyaan kepada United Airlines.

Menurut laporan laman khusus AirLive, salah satu enjin pesawat terbakar ketika berlepas, mencetuskan api di tepi landasan. Pesawat dilihat berlegar di kawasan Fredericksburg, Virginia untuk membuang bahan api iaitu prosedur keselamatan penting sebelum pendaratan cemas.

Rekod pendaftaran menunjukkan pesawat 777-200ER itu dihantar pada November 1998 kepada Continental Airlines, yang kemudian digabungkan dengan United Airlines. Pesawat tersebut dilengkapi dua enjin General Electric, kini dikenali sebagai GE Aerospace. -AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Orang utan Tapanuli terancam, banjir dahsyat di Sumatera musnahkan habitat
Next: Angka korban banjir Indonesia melebihi 1,000, usaha bantuan dipertingkatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.