Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki warga asing ditahan, disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Lawas
  • JENAYAH

Lelaki warga asing ditahan, disyaki terlibat penyalahgunaan dadah di Lawas

Utusan Sarawak 7 hours ago
SUSPEK DITANGKAP… Lelaki warga asing ditangkap bersama beg pinggang mengandungi dadah syabu seberat 5.1 gram di tepi Jalan Banting Lawas. Foto IPD Lawas

LAWAS: Polis Daerah Lawas telah menahan motosikal yang dinaiki lelaki warga asing berusia 35 tahun dan bekerja sendiri mengambil upah kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan memberitahu tangkapan dilakukan di tepi Jalan Banting  Lawas pada 1.30 petang, semalam.

“Suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri. Pemeriksaan badan dan polis telah merampas beg pinggang yang mengandungi satu paket plastik didalamnya berisi ketulan jernih disyaki dadah jenis syabu.

Anggaran berat kasar disyaki dadah syabu adalah 5.1 gram.

Hasil ujian air kencing mendapati saspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semakan kesalahan lampau mendapati suspek tiada kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: ICQS Merapok gagalkan cubaan PATI masuk Sabah
Next: Polis tahan pemandu kenderaan dengan nombor pendaftaran palsu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.