Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Dilanda musibah, Yassin belajar perbaiki diri
  • HIBURAN

Dilanda musibah, Yassin belajar perbaiki diri

Utusan Sarawak 6 hours ago
DILANDA musibah, Yassin terus belajar memperbaiki diri setiap ujian jadi kekuatan untuk melangkah ke hadapan.

KUALA LUMPUR: Pelawak dan pelakon popular Yassin Yahya menyifatkan segala yang berlaku dalam hidupnya sebagai satu musibah yang perlu disyukuri kerana ia adalah sebahagian daripada perjalanan hidup setiap insan.

Menurut Yassin, 47, yang juga ahli kumpulan Senario, beliau memilih untuk terus melihat setiap cabaran yang dihadapinya sebagai proses pembelajaran dan membaiki diri, selain percaya setiap dugaan yang hadir adalah ujian daripada Allah.

“Hidup harus diteruskan. Setiap orang ada perjalanan masing-masing dan saya tak tahu apa lagi yang akan datang. Allah nak uji lebih hebat, jadi saya tak boleh terlalu menepuk dada.

“Saya bersyukur dengan apa yang telah saya lalui dan yang paling penting, saya akan terus belajar. Silap itu memang ada di mana-mana,” katanya kepada pemberita selepas sidang media Konsert The Last Kopek: SenarioUnion 30 Tahun, malam tadi.

Pada Oktober tahun lepas Yassin ditahan di Jeddah, Arab Saudi ketika mahu menunaikan umrah dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan atas kesalahan membawa barangan bercetak berlambang larangan sebelum dibenarkan pulang ke tanah air pada Jun lepas.

Yassin berkata walau sukar, pengalaman yang dilaluinya itu tidak meninggalkan trauma sebaliknya menguatkan lagi dirinya untuk terus maju.

“Bagi saya, trauma itu tak ada dalam kamus. Perkara ini mengajar saya untuk menempuh apa (cabaran) yang akan datang. Saya pun bukan budak lagi, dah jadi bapa orang dan hampir ada cucu. Jadi pengalaman lalu itu yang menguatkan saya untuk terus melangkah ke depan,” katanya.

Sepanjang tempoh berada di sana, pelakon filem Man Laksa ini berkata dirinya tidak berdepan tekanan mental kerana masih diberikan kemudahan asas serta dapat berhubung dengan keluarga.

Ditanya sama ada akan kembali ke Arab Saudi bagi menunaikan umrah, Yassin berkata dirinya mahu membuat persiapan lebih rapi sekiranya berpeluang berkunjung semula.

“Kali ini saya nak buat persiapan lebih. Kalau boleh, saya nak pergi dengan keluarga dan Senario sekali,” katanya.

Pada masa sama, Yassin berkata hubungan dalam Senario kekal harmoni kerana semua ahlinya saling memahami dan menjaga hal peribadi sesama mereka.

“Saya sudah cukup masak dengan perangai abang-abang dalam kumpulan ini. Saya sangat tahu personaliti mereka. Walau huru-hara dan ‘gila’ macam manapun sikap mereka, mereka lebih suka saya sendiri yang jelaskan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yassin bakal menjayakan konsert mega The Last Kopek: Senariounion 30 Tahun bersama-sama lima ahli lain.

Konsert anjuran Dreamscape Events dan terbitan Kapla Entertainment ini bakal berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 25 April depan.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bapa Amy Winehouse saman rakan anak atas lelongan pakaian
Next: Senario kembali dengan Konsert Mega sempena ulang tahun ke-30

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.