Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Bursa Malaysia dibuka rendah menjelang keputusan Fed AS
  • BISNES

Bursa Malaysia dibuka rendah menjelang keputusan Fed AS

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan pelabur berhati-hati, mengambil keuntungan menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan susulan prestasi Wall Street semalaman yang kebanyakannya rendah.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.04 mata atau 0.31 peratus kepada 1,609.13 daripada 1,614.17 semasa ditutup semalam.

Indeks dibuka rendah 3.13 mata kepada 1,611.04.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 151 berbanding 130 manakala 281 kaunter tidak berubah, 2,187 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 156.26 juta saham bernilai RM84.90 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup kebanyakannya rendah apabila para pelabur kekal mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman penting itu dan hasil Perbendaharaan AS 10 tahun yang meningkat kepada 4.188 peratus.

Di pasaran tempatan, beliau berkata FBM KLCI ditutup sedikit lebih tinggi pada sekitar paras 1,614 semalam.

“Meskipun keputusan kadar faedah dijangka memberikan hala tuju dasar yang lebih jelas, pelabur berkemungkinan terus mengambil langkah berwaspada. Kami menjangkakan indeks penanda aras itu bergerak dalam lingkungan 1,610 hingga 1,620 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS kini mengadakan mesyuarat dasar pada 9-10 Disember, 2025.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.10, Public Bank naik satu sen kepada RM4.38, manakala CIMB Group dan IHH Healthcare masing-masing susut dua sen kepada RM7.83 dan RM8.51. Tenaga Nasional meningkat dua sen kepada RM12.72.

Bagi kaunter paling aktif, TWL kekal pada 2.5 sen, LAC Med naik 1.5 sen kepada 76.5 sen, Zetrix AI menambah 2.5 sen kepada 83 sen, Velesto Energy meningkat setengah sen kepada 26 sen, manakala BMS Holdings tidak berubah pada 18 sen.

Kaunter untung utama termasuk Nestlé yang naik 70 sen kepada RM112.40, DKSH melonjak 68 sen kepada RM5.95, Petronas Dagangan menokok 28 sen kepada RM19.26, Far East meningkat 15 sen kepada RM4.50, dan Sarawak Oil menambah lapan sen kepada RM3.92.

Antara kaunter rugi teratas, Malaysian Pacific Industries merosot 22 sen kepada RM31.66, Press Metal susut 14 sen kepada RM6.70, Batu Kawan turun lapan sen kepada RM19.22, LPI Capital berkurangan lapan sen kepada RM14.52, manakala Hong Leong Bank merosot lapan sen kepada RM21.20.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 24.44 mata kepada 11,908.76, Indeks FBM Emas Syariah susut 22.71 mata kepada 11,771.96, Indeks FBMT 100 turun 26.31 mata kepada 11,694.67, dan Indeks FBM ACE menyusut 11.69 mata kepada 4,742.60, manakala Indeks FBM 70 naik 8.23 mata kepada 16,672.73.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 38.64 mata kepada 18,891.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.38 mata kepada 166.10, dan Indeks Perladangan merosot 15.30 mata kepada 8,066.24, sementara itu, Indeks Tenaga pula meningkat 0.77 mata kepada 752.70.- Bernama

Continue Reading

Previous: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.