Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak contoh terbaik pelihara warisan budaya
  • SEMASA

Sarawak contoh terbaik pelihara warisan budaya

Utusan Sarawak 6 hours ago
Ketibaan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, di Seminar BITF 2025, di sebuah hotel terkemuka, Kuching. Foto UKAS

KUCHING: Sarawak disifatkan sebagai contoh terbaik dalam usaha memelihara warisan budaya, yang bukan sahaja menjadi peninggalan, tetapi juga asas pembentukan tamadun.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah, Sarawak bukan sekadar menjaga warisan secara fizikal, malah turut menghidupkannya melalui ekosistem warisan yang lengkap dan berkesan.

Menurut Baginda, ekosistem tersebut melibatkan kerjasama erat antara kerajaan, institusi, komuniti serta penggiat seni budaya, sekali gus memastikan warisan terus relevan dan dihargai generasi masa kini.

“Sarawak adalah contoh teladan bagaimana warisan harus dihidupkan, disemai, dan diteruskan. 

“Sarawak dikurniakan institusi seperti Juma’ani Pavilion, CENTEXS, Temenggong Jugah Foundation, Tinoti dan ramai lagi yang menjadi pusat kreativiti dan latihan. Ini membuktikan komitmen serius anda semua dalam menjaga masa depan warisan,” titah Baginda ketika menyampaikan ucapan utama pada Seminar Festival Tekstil Antarabangsa Borneo (BITF) 2025, di sini, hari ini.

Dalam suasana santai dan bersahaja, Baginda menarik perhatian hadirin apabila menjelaskan maksud sebenar ‘AI’ menurut versi Baginda.

“Sekarang semua orang bercakap tentang AI (Artificial Intelligence). Tetapi bagi saya, AI ialah ‘Azizah Iskandar’,” titah Baginda yang disambut gelak tawa para hadirin.

“Sesiapa yang ingin belajar menenun, menyulam keringkam, memasak atau memahami warisan boleh bertanya terus kepada ‘AI’ iaitu diri Baginda sendiri,” Baginda berseloroh.

Pendekatan itu mencerminkan cara Baginda yang merendah diri dan dekat dengan rakyat dalam usaha mendekatkan generasi muda kepada nilai warisan.

Baginda menegaskan bahawa pemeliharaan warisan tidak boleh hanya dilakukan dari atas, tetapi mesti dihidupkan dan disuburkan melalui penglibatan langsung bersama para artisan, penenun, pengukir dan komuniti setempat.

“Warisan bukan sekadar tinggalan silam, tetapi asas pembentukan tamadun, identiti dan masa depan bangsa,” tambah Baginda.

Festival Warisan Borneo yang berlangsung adalah simbolik kepada usaha memperkukuh kerjasama antara pelbagai pihak dalam memastikan khazanah budaya dan kraf tradisional terus hidup dan berkembang.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: LOOM hidupkan keindahan tekstil warisan melalui teater muzikal
Next: Projek SUARA 2.0 platform belia Sarawak fahami, sokong dasar kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.