Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • LOOM hidupkan keindahan tekstil warisan melalui teater muzikal
  • SEMASA

LOOM hidupkan keindahan tekstil warisan melalui teater muzikal

Utusan Sarawak 6 hours ago
TENGKU Ampuan Pahang mencuri perhatian apabila berkenan naik ke pentas, memeriahkan penutup LOOM dengan tarian spontan bersama tetamu. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Pertunjukan Teater Muzikal Warisan Malaysia Kita – LOOM yang mengangkat tema ‘Evolusi Fesyen’ tampil sebagai persembahan eksklusif yang memadukan fesyen, muzik dan penceritaan visual bagi meraikan keindahan tekstil warisan negara di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Pertunjukan itu merupakan cetusan idea Pengurus Besar CENTEXS Commercial Sarawak, Mohamad Shahren Mohamad Yusri mahu memperkenalkan evolusi fesyen sebagai cara mudah memahami kehalusan serta kepelbagaian tekstil tradisi. 

Usaha tersebut bukan sekadar menampilkan busana, malah membawa penonton menelusuri perjalanan tekstil yang terus berubah mengikut masa, pengaruh dan kreativiti pelbagai komuniti. 

Pendekatan itu sekali gus meletakkan LOOM sebagai pertunjukan fesyen teater muzikal pertama yang mengangkat naratif tekstil warisan dalam bentuk dramatik dan penuh energi.

Pementasan berkenaan turut mendapat bimbingan dan pandangan profesional Penasihat Old Kuching Smart Heritage, Datu Dr Sabariah yang memastikan setiap motif, teknik dan nilai asal tenunan kekal terpelihara sambil memberi ruang kepada interpretasi kontemporari. 

Malam tersebut memperlihatkan gabungan songket keringkam, pua kumbu dan batik yang dihasilkan pereka fesyen terkemuka, komuniti artisan serta prospek Penjara Puncak Borneo yang berpengalaman dalam bidang masing-masing. 

RANGKAIAN busana berasaskan tenunan Sarawak dan Pahang dipersembahkan oleh para model sebagai simbol kekayaan tekstil warisan negara. Foto Adele Rissa 

Penonton turut disajikan dengan penyatuan tenunan dari Sarawak dan Pahang, yang mencerminkan kekayaan identiti tekstil negara serta memperlihatkan semangat kerjasama budaya di pentas.

Pertunjukan LOOM direalisasikan melalui kerjasama rapat bersama Managing Trustee Tun Jugah Foundation – Olah Idup, Puan Melia Linggi, yang aktif memelihara dan mendokumentasikan warisan pua kumbu. 

Lebih 90 individu bertungkus-lumus menjayakan produksi ini, merangkumi pasukan produksi, penggaya, model, kru teknikal dan tenaga belakang tabir. 

Dengan arahan teliti Zakaria Ali Hassan, keseluruhan persembahan disusun untuk memberikan pengalaman teaterikal yang segar, bertenaga dan mampu memupuk apresiasi mendalam terhadap tekstil warisan.

Acara kemuncak malam tersebut menyaksikan keberangkatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar, yang mencemar duli menyertai para peraga dan tetamu di pentas. 

Baginda berkenan menari bersama-sama mengikut irama lagu Biar Berkikis Bulu Betis, menutup tirai persembahan dengan suasana penuh meriah yang disambut sorakan gemuruh penonton.

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tengku Ampuan Pahang angkat Sarawak sebagai ‘rumah kedua’, gesa generasi muda hidupkan warisan
Next: Sarawak contoh terbaik pelihara warisan budaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.