Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Majlis hargai Pengarah Penjara Sarawak
  • TEMPATAN

Majlis hargai Pengarah Penjara Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK ALBUM… Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang merakam kenangan selepas Majlis Penyerahan Songket dan Penghargaan sempena perpisahan Pengarah Penjara Negeri Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, malam kelmarin.

KUCHING: Isteri Ketua Menteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang semalam menghadiri majlis penyerahan songket kepada Penaung Projek Inovasi Warisan dan Majlis Penghargaan Pengarah Penjara Negeri Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Besar Negeri Sarawak, Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi, diikuti ucapan alu-aluan dan penghargaan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan, Datu Dr Sabariah Putit yang menjelaskan sedikit sebanyak mengenai sejarah permulaan projek songket keringkam dan beberapa program yang dijalankan selama ini.

Juma’ani yang juga Penaung Projek Inovasi Warisan Songket dan Keringkam Sarawak kemudiannya menerima penyerahan songket istimewa hasil tenunan penghuni Penjara Puncak Borneo yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sarawak, Ajidin Salleh.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang-kenangan kepada Ajidin sempena perpindahannya ke Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Bahagian Pengurusan Banduan di Kajang, Selangor kerana dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan.

Sebelum ini, Ajidin telah memegang jawatan sebagai Pengarah Penjara Sarawak sejak September 2015.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan muzik.
Hadir sama isteri Timbalan Ketua Menteri, Datin Amar Doreen Mayang, Setiausaha Kehormat SABATI, Datin Dr. Zaliha Christine Abdullah, Bendahari Kehormat Badan Amal Isteri-Isteri Menteri Sarawak (SABATI), Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin dan beberapa pegawai-pegawai kanan Jabatan Penjara Negeri Sarawak dan Penjara Puncak Borneo.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: RM1.17 juta untuk program myKP
Next: Sarawak terima peruntukan RM829 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.