Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 46 individu diperiksa, 13 positif dadah dalam Op Noda Bersepadu
  • JENAYAH

46 individu diperiksa, 13 positif dadah dalam Op Noda Bersepadu

Utusan Sarawak 21 hours ago
ANGGOTA polis IPD Kuching melakukan pemeriksaan terhadap pengunjung sebuah premis hiburan di Petanak dalam Op Noda Bersepadu malam tadi. Foto Polis Daerah Kuching

KUCHING: Sebuah premis hiburan di kawasan Petanak diserbu dalam Operasi Pusat Hiburan/Op Noda Bersepadu yang digerakkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching malam tadi.

Operasi tersebut melibatkan kekuatan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik serta Balai Polis Padungan.

Dalam operasi berkenaan, seramai 46 individu, lelaki dan wanita, yang berada di dalam premis diperiksa, dan hasil ujian saringan awal mendapati 13 pengunjung positif dadah, sekali gus membawa kepada penahanan mereka di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Polis turut menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai penjaga premis, selain merampas beberapa peralatan muzik untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2001, selepas premis terbabit dikesan beroperasi melebihi masa yang ditetapkan.

Menurut Polis, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada premis hiburan yang menyalahgunakan lesen operasi atau menjadi ruang aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa penguatkuasaan berterusan adalah penting bagi memastikan keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: 11 ditahan, 27 saman lalu lintas dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
Next: Polis tahan lelaki 29 tahun positif dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.