Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penubuhan pasukan CERT 2.0 kukuhkan ketahanan komuniti Trusan
  • Utara
  • WILAYAH

Penubuhan pasukan CERT 2.0 kukuhkan ketahanan komuniti Trusan

Utusan Sarawak 10 hours ago
KOMUNITI BERKEMAHIRAN…Henry Sum Agong pada penangguhan program Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT) 2.0 di Trusan, Lawas

LAWAS: Penubuhan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT) 2.0 di Trusan diiktiraf sebagai langkah penting dalam meningkatkan kesedaran dan persediaan komuniti terhadap pelbagai kecemasan yang mungkin berlaku.

Pasukan CERT di kawasan itu berperanan sebagai responden pertama bagi menstabilkan keadaan sewaktu bencana sebelum ketibaan agensi keselamatan dan bantuan kecemasan profesional.

Ahli Parlimen Lawas, Dato’ Henry Sum Agong, berkata pasukan tersebut telah menjalani latihan khusus dan diberikan pengetahuan berkaitan bencana serta inisiatif dalam memberi bantuan awal di lokasi kejadian.

“Penubuhan CERT di kawasan ini memberi manfaat besar kepada warga Trusan. Trusan merupakan antara kawasan di Sarawak yang sering menghadapi bencana banjir setiap tahun, terutama ketika musim tengkujuh.

“Bencana banjir bukan sahaja merosakkan harta benda, malah boleh menjejaskan keselamatan nyawa jika tiada tindakan awal dan pengurusan terancang,” katanya pada penangguhan program CERT 2.0 di Trusan petang tadi.

Menurutnya, program CERT Kluster Banjir ini sesuai dengan keperluan semasa untuk memperkukuh daya tindak dan daya tahan komuniti terhadap risiko bencana.

Program ini bukan sekadar latihan, tetapi platform untuk membentuk komuniti yang peka, tangkas, berdaya tahan, serta mampu bertindak segera membantu diri sendiri, keluarga dan jiran sebelum bantuan agensi penyelamat tiba.

“Kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada agensi penyelamat. Sokongan komuniti di Trusan amat penting kerana penduduk di kawasan ini adalah barisan pertahanan pertama ketika bencana berlaku.

“Saya berharap peserta CERT menjadi ejen perubahan, menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada penduduk setempat, meningkatkan kesedaran awam dan menjadi penghubung penting antara komuniti dan agensi penyelamat,” tambahnya.

Beliau juga berharap pasukan CERT akan terus aktif dengan latihan susulan, memperkukuh jaringan komunikasi, dan memastikan peralatan serta pelan tindakan bencana sentiasa siap digunakan.

Beliau memberitahu, lebih ramai masyarakat akan dilatih pada masa hadapan bagi membina rangkaian komuniti tangkas bencana di seluruh Daerah Lawas, menjadikan kawasan itu lebih selamat, sejahtera dan berdaya tahan.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: RM300,000 diperuntuk menaik taraf Dataran Kejat Rumah Panjang Mancha, Tawang Ulu
Next: RM2 juta untuk empat projek naik taraf jalan ladang dan kebun di DUN Krian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.