Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Bintang ‘Full House’ Dave Coulier didapati menghidap kanser lidah
  • HIBURAN

Bintang ‘Full House’ Dave Coulier didapati menghidap kanser lidah

Utusan Sarawak 6 hours ago
PELAKON Full House Dave Coulier dedah sedang jalani rawatan kanser lidah selepas tujuh bulan bebas limfoma

LOS ANGELES: Pelakon siri sitkom Full House, Dave Coulier, mendedahkan bahawa beliau kini menjalani rawatan untuk kanser lidah, hanya tujuh bulan selepas disahkan bebas daripada limfoma bukan Hodgkin tahap tiga.

Coulier, 66, berkongsi perkara itu dalam satu temu bual bersama rancangan Today, menjelaskan bahawa diagnosis terbaharu tersebut tidak berkaitan dengan kanser yang pernah dihadapinya sebelum ini.

Menurut beliau, kanser lidah yang dikesan ialah P16 squamous carcinoma, sejenis kanser berkaitan HPV yang ditemui di pangkal lidah.

“Ia benar-benar mengejutkan. Saya baru sahaja selesai rawatan kemoterapi dan diberitahu bebas kanser, kemudian ujian PET scan menunjukkan sesuatu yang mencurigakan,” katanya.

Coulier kini menjalani 35 sesi rawatan radioterapi yang dijadualkan berakhir pada 31 Disember.

Beliau bersyukur kerana kanser itu mempunyai kadar kebolehsembuhan sehingga 90 peratus, selain menekankan pentingnya pengesanan awal dalam menyelamatkan nyawa.

Dalam temu bual bersama USA Today, beliau berkata:

“Saya tidak sabar menyambut tahun baharu tanpa perlu ke hospital lagi untuk rawatan. Ia akan menjadi permulaan yang membebaskan.”

Pelakon yang terkenal dengan watak Uncle Joey itu turut melancarkan sebuah platform kesihatan baharu, AwearMarket, yang diinspirasikan daripada perjalanan peribadinya melawan penyakit tersebut.

Usaha itu bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.- Agensi

Continue Reading

Previous: Selepas pemergian suami tercinta, Zizie Izette luah rasa hilang arah
Next: Album konsep “KL City Pop”, buah tangan terbaharu Aizat Amdan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.