Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja ditahan susulan kecurian motosikal di Mukah
  • JENAYAH

Remaja ditahan susulan kecurian motosikal di Mukah

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEBUAH MOTOSIKAL….Dilaporkan hilang pada 12 November lalu, berjaya ditemui semula.

MUKAH: Seorang remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di bandar Mukah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, sekitar 10.00 malam, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah berdasarkan maklumat dan risikan telah mengesan sebuah motosikal yang dilaporkan hilang pada 12 November lalu.

Menurutnya, motosikal berkenaan sebelum itu diparkir oleh pengadu di hadapan sebuah bangunan kedai di bandar Mukah sebelum didapati hilang dipercayai dicuri individu tidak dikenali.

“Motosikal itu dikesan berada di hadapan sebuah rumah di Kampung Hilir, Dalat. Ketika pemeriksaan dijalankan, suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut telah melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis,” jelasnya dalam kenyataan, hari ini.

DITAHAN….Remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes kecurian motosikal di bandar Mukah, malam tadi.

Beliau berkata, sekitar 11.40 malam, pemilik asal motosikal bersama beberapa orang awam berjaya menahan suspek di kawasan Masjid Kampung Teh, Dalat.

“Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis di IPD Dalat. Sekitar 2.00 pagi tadi (6 Disember), sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah telah membuat tangkapan semula terhadap suspek di IPD Dalat sebelum dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

“Ujian urin terhadap suspek yang tidak bekerja itu didapati negatif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan berkaitan kes tipu pelaburan atas talian, rugikan mangsa RM1,950 
Next: 11 ditahan, 27 saman lalu lintas dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.