

SAN FRANCISCO: Pelakon Cary-Hiroyuki Tagawa, yang meraih populariti menerusi filem seperti “Mortal Kombat’’, ‘’Pearl Harbor’’ dan ‘’The Last Emperor’’, meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat strok, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Jumaat, memetik media Amerika Syarikat (AS) dan keluarga pelakon itu.
Dilahirkan di Tokyo pada 1950, Tagawa membesar terutama di AS dan mula bergiat aktif di pentas teater ketika zaman persekolahannya.
Sepanjang kerjayanya , bapa kepada tiga anak itu membintangi pelbagai penerbitan filem dan televisyen, termasuk “Planet of the Apes” dan “The Man in the High Castle’’.- Bernama-dpa