Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Yayasan Kebudayaan Dayak lancar biografi Premier pertama Sarawak
  • TEMPATAN

Yayasan Kebudayaan Dayak lancar biografi Premier pertama Sarawak

Utusan Sarawak 2 hours ago
ABANG Johari menerima penghargaan melalui pelancaran biografi rasmi yang menyorot legasi politik beliau sejak 2017. Foto Sarawakku

KUCHING: Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) hari ini melancarkan biografi rasmi mengenai legasi politik Premier pertama Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pelancaran tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bersama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, dalam satu majlis di Ibu Pejabat DCF, di sini.

Buku setebal 113 halaman bertajuk “Abang Johari – Sarawak’s First Premier, A Political Biography”, hasil karya Profesor Dr. Michael Leigh, menghimpunkan perjalanan politik Abang Johari sejak dilantik sebagai Ketua Menteri pada 2017 sehingga memegang jawatan Premier pertama Sarawak. Antara kandungan utama termasuk kepimpinan negeri dalam Persekutuan Malaysia dan inisiatif strategik yang mewarnai pentadbiran beliau.

Tun Wan Junaidi menyifatkan penerbitan itu sebagai ‘rekod sejarah yang penting’ dan memuji kepimpinan Premier dalam memacu pembangunan serta mempertahankan hak-hak Sarawak.

Timbalan Premier yang juga Pengerusi DCF, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dalam ucaptama berkata buku tersebut menjadi simbol penghargaan masyarakat Dayak terhadap sumbangan Abang Johari.

“Buku ini adalah tanda terima kasih kepada YAB Premier atas sokongan berterusan dan komitmen beliau terhadap masyarakat kami,” katanya.

Beliau turut menyifatkan Premier sebagai pemimpin berintegriti, berperikemanusiaan dan berwawasan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian; Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar serta para tetamu kenamaan yang lain. – Sarawakku

Continue Reading

Previous: Fasiliti saringan influenza baharu bantu lindungi pesakit rentan di KK Lanang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.